Saja nak ingatkan...  

Posted by ONE ZABA


Cuti sekolah dah bermula. Biasanya cuti sekolah hujung tahun ni begitu sinonim dengan musim tengkujuh. Kalau kat atas ni bermakna musim sesak pun bermula. Tak kira panas atau hujan. Hujan lebih banyak daripada panas. Matahari pun dah lama tak nampak ni.

Kepada yang cadang-cadang naik gunung ni, elok la tangguh-tangguh dulu. Bukannya apa... kalau dah hujan manjang, apa yang ditengokkan. Nak jalan-jalan pun tak boleh. Duk berkurung dalam bilik je la. Hujan ni pun menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang berlaku. Agak membahayakan kepada pengguna jalan naik ke atas ni. Kalau naik tak lepas...turun pun tak lepas, tido dalam kereta la jawabnya.

Tapi kalau nak dah naik jugak..apa boleh buat. Naik juga la. Jangan lupa bawak payung. Lebih senang kalau pakai baju hujan. Baju tebal@sejuk jangan sesekali lupa tau. Sila bersedia jugak bawak botol kosong atau beg plastik untuk kecemasan membuang air yang kecil mahupun air yang besar. Sesak gila dah ni.

Selamat bercuti buat semua yang bercuti. Selamat bekerja kepada yang terus bekerja. Teruskan kerja kalian ( aku pun sama...uhuuu). Sesapa yang ternaik ke atas ni...boleh la call aku ni ha. Aku ni ada je kat atas ni. Raya Haji nanti je baru balik kampung. Itu pun 3 hari je.

Selamat bercuti semua...

Selamat bertunang.....

Selamat pengantin baru.....

Selamat bertukar ke tempat baru dan lama...

Selamat berpindah ke tempat baru dan lama....(termasuk yang kena banjir)

Selamat bersunat kepada nak disunatkan...

kepada yang nak kena sunat tu... ini ada doa untuk kalian.

Ya Allah ya tuhan ku.....

hilangkan la sakit yang aku alami ni....

kekalkan la bengkak yang aku alami ini..ahakkkk!!!!

chiawwwww!!!!!!

Macam aku kenal je orang tu...  

Posted by ONE ZABA

Ahad lepas dua orang sahabat lama dari Sekincan, Selangor datang berkursus di sini. Menginap di Rosa Passadena. Petang tu bawak diorang pi pekena roti canai. Sambil makan , borak-borak. Hantar semula ke hotel. Dalam jalan nak balik tu, dari jauh di suatu simpang, aku terlihat seorang lelaki berjalan kesejukan.
Seperti pernah aku kenal je lelaki ni.
Baju T
yang dipakainya pun seperti pernah kulihat.
Sebelum memang dah tau dia ni nak datang sini . Ada kursus katanya. Cuma tak tau cara nak berhubung. Pasti dia. Dah dekat tu, sah lah memang dia. Lalu aku menghonnya. Ajak masuk ke kereta. Memang dia dalam kesejukan. Nak pegi ambik baju sejuk kat kawannya. Tak pa...jom aku hantar. Inilah orangnya
Shifu97@ Tersurat & Tersirat . Sempat jugak lah kami berborak. Tapi tak boleh nak borak lama. Sebab aku kena siapkan laporan tahunan aku untuk dibentangkan di Kuala Terengganu esoknya. Buah tangan dah siap sedia sebab dah dibagitau akan kedatangannya.

Tak pa...len kali kita jumpa lagi. Bawak famili. Makan nasi kat rumah aku.

Layan orang jauh pulak...  

Posted by ONE ZABA


Hari ni terima kunjungan rakan sekerja dan komunitinya dari PKG Endau , Johor seramai 40 orang . Lawatan penanda aras ke pejabat aku ni. Apa benda nak ditanda aras aku pun tak tahu. Tanda buku pun dah lama aku tak buat.

Yang penting tetamu harus dilayan dan dijamu dengan secukupnya agar terjalin satu hubungan yang akrab. hasilnya....ikan masin dan teh strawberi bertukar tangan. Lain masa kita berjumpa lagi.

Jangan marah ha!!!!!!  

Posted by ONE ZABA

8 PERKARA BUKTI PEREMPUAN ITU RUMIT


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu cuba "mengorat" dia.
Sebaliknya jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong,tak gentelman.


2. Jika kamu berpakaian segak, dia fikir kamu cuba untuk menggoda perempuan lain.
Sebaliknya jika tidak, dia kata kamu kekampungan.


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu tak pernah dengar cakap dia.
Sebaliknya jika kamu berdiam diri, dia kata kamu dah bosan dengan dia.


4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan cari "point" untuk jatuhkan kamu.
Sebaliknya jika dia yang lebih pintar, dia bilang "ewh nak melawan pula".


5. Jika kamu share masalah dengan dia, dia akan dengar tapi dalam hati "tu masalah kamu".
Sebaliknya jika tidak, dia tuduh kamu merahsiakan sesuatu daripadanya.


6. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang yang tidak memahami.
Sebaliknya jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.


7. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai dan di "level" sebagai lelaki penipu.
Sebaliknya jika dia yang ingkari janjinya, dia akan memberi 1001 alasan untuk "cover".


8. Jika kamu menyakitinya, kamu dianggap kejam dan dayus.
Sebaliknya jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.


9. Jika kamu pamerkan ini pada mereka yg bernama perempuan, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar..kan2?haha
Computer Smash

Jangan marahhhh!!!!!!

Cepat kemas-kemas barang tu...

tanda-tanda nak banjir dah ada.