Rabu, Mac 30

Seronoknya orang kita mengAPRIL FOOL..

Pada 30 Mac, jatuhlah Granada yang dikuasai oleh kerajaan Bani Umayyah Andalus ke tangan tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam terpaksa berkurung di dalam rumah masing-masing kerana bimbang dibunuh oleh tentera-tentera Kristian yang diketuai oleh Isabella dan Ferdinand.

Dendam dan kezaliman tentera Kristian sememangnya sangat terkenal, terutama apabila mereka diberikan kuasa dan menganggap diri mereka sudah menang. Maka diusahakan oleh tentera-tentera Kristian itu agar penduduk Islam keluar dari rumah masing-masing dan kemudian dihapuskan terus dari muka bumi ini sebagaimana mereka menghapuskan Islam dari tanah Andalus.

Maka dengan helah dan janji bahawa umat Islam Granada akan terselamat sekiranya mereka keluar dan meninggalkan Sepanyol buat selama-lamanya dengan beberapa buah kapal yang disediakan, umat Islam telah diperdayakan.

1 April, umat Islam yang dijanjikan keselamatan untuk keluar dari bumi Sepanyol menaiki beberapa buah kapal yang telah disediakan. Apa yang tidak diketahui oleh umat Islam itu ialah, mereka telah diperdayakan. Sebaik-baik sahaja mereka semua berada di dalam kapal-kapal yang berada di dermaga, tentera-tentera Kristian membakar kapal-kapal tersebut. Mana-mana umat Islam yang berjaya menyelamatkan diri daripada kapal yang terbakar, ditangkap dan disembelih sama ada mereka lelaki tua, wanita mahupun kanak-kanak.

Dan bermula dari hari itulah, sambutan April Fool dirayakan oleh kalangan totok Kristian di Sepanyol sempena kejayaan mereka memperdaya dan membunuh umat Islam beramai-ramai.

kongsi daripada THE FLYING KICK

2 ulasan:

arryani berkata...

yg pasti, org lain pun amik kesempatan ngan april fool nnti..

jual bunga la..jual cenderamata la..ntah apa2 lg la...

arryani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.