Jumaat, Ogos 13

Salam Takziah...

Petang Rabu sewaktu menunggu waktu berbuka , mendapat berita yang Pegawai Pelajaran kami bersama isterinya telah ditimpa kemalangan di Pos Betau semasa dalam perjalanan ke Kuantan melalui jalan baru Cameron Highlands - Sg. Koyan, Lipis. Isterinya telah meninggal dunia di tempat kejadian .



Selepas berbuka dan solat maghrib, kami bergegas menuju ke hospital Lipis untuk menghulur bantuan apa yang termampu. Selepas selesai semua urusan dengan pihak polis dan pihak hospital, jenazah terus kami bawa untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kota Bharu , Kelantan. Kami berkonvoi 5 buah kereta bersama van jenazah. Lebih kurang 6.30 pagi khamis , kami tiba di kampungnya. Janazah selamat dikebumikan dalam jam 9.00 pagi. Selepas berehat sebentar, kami bertolak semula pulang ke Cameron Highlands. Tiba di rumah jam 3.30 petang.



Pengetua maut, suami cedera kereta terbabas


Berita yang tersiar dalam akhbar
SINAR HARIAN

KUALA LIPIS - Pengetua Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands maut manakala suaminya yang memandu kenderaan terbabit cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke bawah tebing.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Nishah Ismail bersama suaminya, Ali Hussein Abdul Ghani yang juga Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands sedang dalam perjalanan ke Kuantan atas urusan kerja.

Menurutnya, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 4.30 petang kelmarin di Kilometer 27 Jalan Sungai Koyan - Cameron Highlands.

“Mangsa bersama suami menaiki kenderaan jenis CRV sedang dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuantan. Sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu suami mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke bawah tebing.

“Mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala suami mangsa hanya cedera ringan

dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Lipis,” katanya, di sini, kelmarin.

Abdul Razak berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat dan dituntut ahli keluarga sebelum dikebumikan di kampung asal arwah di Kota Bharu, Kelantan.

22 ulasan:

Ku Tak Sempurna berkata...

innalillahiwainnalaihirojiun

.

.

al-fatihah utk arwah..

al-lavendari berkata...

innlillah.

mungkin ada silap editorial di sini.. dibawah gambar tu ditulis isteri cedera tapi dalam berita isteri meninggal .. tak apa, saya faham.

Pn Kartini berkata...

al-fatihah..
moga roh arwah dicucuri rahmat...& tergolong di kalangan mereka yang beriman..AMIN.

Yunus Badawi berkata...

Al-Fatihah utk Allahyarhamah.

ckLah@xiiinam berkata...

Sedihnya...

Al Fatihah

LiNda berkata...

AL-FATIHAH ..

BESAR SUNGGUH DUGGAN INI ..

MSOM berkata...

Alfatihah,
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah

Shifu67 berkata...

takziah....

noorlara berkata...

Innalillahiwainnailaihirajiuun, Mudah-mudahan berkat Ramadhan Al Mubarak ini rohnya akan dirahmati Allah. Insyaallah. Kita yg hidup bersyukur kerana masih dipinjamkan umur untuk terus berbakti dan mengaut sebanyak mungkin pahala.

Catwoman berkata...

Salam Cik One.....

Innalillahiwainnailaihirajiuun

Semoga rohnya d`cucuri rahmat-Nya.
Dan d`tempatkan di kalangan org2 b`iman & b`taqwa.

lin berkata...

takziah pada keluarga beliau

arsaili berkata...

salam ramadan dan selamat berpuasa...al fatihah buat arwah...sama2 kita berhati2 semasa memandu...lebih2 lagi menjelang syawal....

adlin linda berkata...

takziah..

en_me berkata...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha

salamm ramadhan abang onezaaba itteww..

Rozita berkata...

ish..sedihnya, tk sempat sambut raya. tp bagusnya pergi di dlm bulan Ramadhan yg mulia ini. Al-fatihah..semoga roh nya bersama org2 yg beriman..

Kamsiah berkata...

Al fatihah...semoga keluarga arwah reda dan tabah dgn ujianNya...

sonata anak kancil berkata...

Al-Fatihah. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarhamah....

Cikgu Ma berkata...

salam ramadhan saudara OneZaaba
alfatihah untuk allhyarhamah

tasekM berkata...

alfatihah

sahromnasrudin berkata...

salam ziarah..al fatihah utk arwah dan takziah utk keluarganya..sesungguhnya kita akan kembali jua nanti...insyaAllah

SFAW berkata...

mak aih..keter..

AzketOm berkata...

takziah. sedih di bulan ramadhan gini ada berita kematian.