Rabu, Jun 30

Memori daun pisang....


Buang atas daun pisang

RAWANG: Malang sungguh nasib seorang bayi lelaki yang baru beberapa jam dilahirkan apabila ditinggalkan dalam keadaan bogel dengan hanya beralaskan daun pisang oleh ibu kandungnya sendiri di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar, Rawang di sini, pagi semalam.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan remaja berusia 18 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kain di bandar ini bagaimanapun menjerat dirinya sendiri apabila dia ditahan polis selepas seorang penduduk membuat laporan mengenai penemuan bayi berkenaan yang masih bertali pusat sejam selepas bayi itu ditinggalkan di belakang rumahnya, kira-kira jam 10 pagi.
.
.
.
Dipercayai bayi itu hasil hubungan terlarang suspek bersama teman lelakinya yang dilahirkan di rumah saudaranya itu dan polis tidak menolak kemungkinan ada individu lain membantu membuang bayi terbabit.
.
.
.
Polis akan mengambil keterangan ibu saudara suspek yang berkemungkinan besar bersubahat dalam kes pembuangan bayi itu dan gerakan mengesan teman lelakinya dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.

Bayi menggigil

SEREMBAN: “Pilunya hati saya apabila melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar,” kata Maideen Machapu, 42, pemandu lori syarikat kontraktor pemungut sampah yang menemui seorang bayi lelaki, semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih hidup ditemui terbaring atas tong sampah di ruang membuang sampah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat.



“Saya turun dari lori untuk memeriksa dan mendapati bayi lelaki cukup sifat itu terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas surat khabar tanpa sebarang nota atau objek lain.

.
.
.

“Mujur bayi itu tidak dibuang di rumah kosong kerana sampah di premis berkenaan kebiasaannya tidak dikutip dan saya tidak dapat bayangkan apa terjadi kepada bayi terbabit,” katanya.

.
.
.

“Selain terkejut, saya yang menetap di sini sejak empat tahun lalu bersama anak dan menantu, sedih dengan kejadian ini. Kejam sungguh mereka yang tergamak membuang bayi tidak berdosa itu,” katanya.

17 ulasan:

Tirana berkata...

Nak keluarkan bayi tu punyala sakit..ibarat nyawa dihujung tanduk.. Dah berhempas pulas untuk keluarkannya, lepas tu senang2 pulak pi buang... tak dak rasa kasih sayang agaknya dalam hati orang yang buang bayi ni. Bayi pulak bukan main comel lagi... Sayang sungguh! Nanti time diorang betul2 nakkan anak, masa tu Tuhan tak bagi, baru meraung..

ikan emas berkata...

yg kat Somban tuuu area tempat kiter la..

masa dpt maklumat tu..kiter kat luar ..rasa tak nak bagi kawan siarkan.

hampeh punya indon ..dah beranak tu senang-senang aje buang macam nak bunag sampah aje.
Buat malu kami aje !!!

LiNda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
LiNda berkata...

Kalau diberi peluang ,


Saya nak hempuk kepala dia ngan tong sampah .

Yang sorang lagi tuh , saya nak sesah dia ngan pelepah pisang.

And..

Kedua2 'bapak' bayi tuh , saya nak potong 'anu' dia atas batang pisang ..

baru puas hati !!

SyidaMislan berkata...

jangan la buang merata-rata.ni baby,bukan sampah.if tak nak orang tau, hantar la kat baby hatch.insyaallah baby tu akan dipelihara dengan baik.

Ain berkata...

tak habis2 kes buang bayi nie...

huhuhu....

Ku Tak Sempurna berkata...

sampai hati!!


.
.

kucing pun sygkan anak..

[S]itie [B]Um [B]Um berkata...

ape nk jadi dh ngan remaja skang...haih!!

Catwoman berkata...

Salam Cik One Z.....

Andai d`beri peluang...mahu saje sy m`bela bayi2 ni seperti anak2 sendiri. Beri makan, minum, pakaian, kasih sayang, rawatan yg rapi, tempat tinggal & segalanya.

Marah pun tiada guna. K`hidupan sosial pada zaman moden ni mmg byk cabaran. Kalau tak pandai pelihara diri dan maruah, pasti byk lagi kes buang bayi seperti ni.

Semoga ALLAH pelihara & lindungi anak2 dan cucu2 kita dari "dunia hitam" ni.

:)

julietchun berkata...

ibu bayi ni dah tak mampu nak pikir jalan yang baik utk masalah dia, buang lagi senang.

Kamsiah berkata...

lbh baik ditinggalkan hidup mcm tu
dari dibunuh,dibakar....
namun yg 'ayah' bayi tu....terlepas mcm tu ja ka...???

sonata anak kancil berkata...

ni baru betul angkara manusia durjana! salah siapa?

en_me berkata...

kejam kanns.. uhuhu

tasekM berkata...

si bapak tu elok di kasi...

.

Hamzah Ian berkata...

tak pikir panjang tu la jadi nye.. melayu melayu..

noorlara berkata...

Ini adalah akibat dari terlalu mengikut nafsu pasei tu Quran cakap jgn hampiri zina sebab lambat laun akan berzina gaks. Ade org nak dapat anak belanja beribu-ribu atau ambil anak angkat. Ni dah dapat anak dibuang pulak, rase macam nak terajang jek

MSOM berkata...

OneZaaba

Kalau ditunjukkan stastistik, jumlah bayi yang dibuang ni agak2 dah boleh jadi penduduk tiga buah kampung agaknya!