Rabu, Jun 16

Keris cap ayam....

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan.

Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.


Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.


Pagi pagi pergi ke kedai,

Pergi ke kedai berjalan kaki;

Kalau tuan bijak dan pandai,

Apa binatang keris di kaki?


tak sama langsung keris ngan taji ayam!!!!!

3 ulasan:

Tirana berkata...

Pengantin lelaki dulu-dulu bersanding pakai keris..sekarang ni pakai lagi ke?

kakchik berkata...

Dah lama tak tengok keris. Masa kahwin dulu suami tak pakai keris pun sebab pakai baju Melayu.

SyidaMislan berkata...

masih praktikal ke keris skg ni?