Khamis, Mei 27

Lepat pisang....perghhhh!!!

Buah paling digemari penduduk dunia mempunyai 1,001 khasiat, kaya pelbagai vitamin.Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A.

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.


tiada la gunanya hidup lagi...

Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.


pisang sapa besaq ni...

Khasiat pisang dari sudut kesihatan

# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

# Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

haih...teringin pulak nak makan cekodok pisang....


21 ulasan:

al-lavendari berkata...

pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
pisang emas di bawa belayar
pisang awak makan sendiri.

xiiinam berkata...

...mana lepat pisangnya oneZ? Nak buat juadah berbuka ni...

Yunus Badawi berkata...

Pisang khaki tu pisang ke?

LiNda berkata...

ermm... suka pisang .

Pagi makan 3 bijik

Tengahari makan 2 bijik

Malam makan sebijik .

ikan emas berkata...

ingatkan cikgu nak ajar cara-cara buat lepat pisang..
sodap gitu!!

.....nak tau,
kami kat sini sejak awai thn dulu hari-hari makan pisang sb ramai bayar nazar !!!!!!!!!!!!

arsaili berkata...

salam..pisang ni cara paling mudah nak revive tenaga

ONE ZABA berkata...

mezah...>>pisang awak...erkk..pisang aku...eh, pisang dia...sapa punya pisang daaa!!!

cklah...>>pisang baru nak tanam daaa!

YB...>>asal boleh dimakan udah...

Linda...>>malam , ko makan pisang dengan anggur dua biji yerk..muahahaha.

Ikan emas...>>patut le tandas awam laku kat sana.

arsaili...>>menu minum petang paling mudah pun ya jugak.

LiNda berkata...

Nonono comment. full stop ! zipp molot .

ekekeke...

Che' Pit berkata...

cekodok pisang? sedap tu.. nak sikit..

aduh kenapa lah leh terbaca komen sis Linda dan jawapan che one, huhuhu.. xper CP, jgn mencelah.. urusan org dah kawin.. ko tu bujang lagi huhu..

DUN Behrang 2020 berkata...

patut arrr pisang aku ilang...ko buat ukoq keyboard tu wat pe?

Tirana berkata...

Saya suka pisang emas..tapi orang yang pakai ilmu pengasih, pantang makan pisang emas..entah kenapa lah agaknya.

Ummi Humaira berkata...

salam OneZ..

teringat pantun lama...

pisang emas dibawa belayar.
masak sebiji di ats peti,
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati ...he he he

andai ada salah dan silap maafkan ummi,kerana tak lama lg ummi akn ketanah suci...

sonata berkata...

dulu2 aku ade lah jugak kebun pisangs sebelah rumah aku ni...tak termakan satu hal, tak terjual pun satu hal...letih aku mengkodok pisang, melepat pisang, menggoreng pisang....last2 skrg langsung tak ade pisang lagi...dah lama tak makan yang aku sebut2 tu!!!

arryani berkata...

Pengat pisang mana????

Pengat pisang tetap di hati...

Ku Tak Sempurna berkata...

kerabu jantung pisang sedap... pergggghhhhh... :D

MSOM berkata...

Pisang panaz,
Pisang panaz, panas, panas, panas,
Pisang Panaz.....!

noorlara berkata...

memang hantu pisang sejak kekecik tak kire pisang ape asal jgn pisang batu yg banyak biji tu.

Catwoman berkata...

Salam Cik One....

Pisang ni bagus utk org yg sembelit....

:)

Ain berkata...

suka pisang!!!

sesikat sehari pun leh habis.....

mama zharfan berkata...

salam ziarah..me blogwalking...nice blog :) and good info psl pisang :)

Tanpa Nama berkata...

valium for anxiety high does valium get you - buy valium 20mg online