Sabtu, Mei 22

Jangan mudah buruk sangka...


Aku tengok dua gambar ni banyak di sebarluas dalam blog.
Semuanya menulis tentang keburukan.
Orang yang mengomen pun bukan kemain lagi mengata.
Macam la mereka tu penjatuh hukum.

Cuba kita bersangka baik sahaja...

Kedai nombor bukan semestinya jual nombor judi sahaja.

Ada juga kedai nombor yang menjual tiket letak kereta.

Jika sesiapa yang pernah pergi ke Super Kinta,
iaitu Pasar Besar Ipoh mungkin tahu.

Sama seperti di tempat tempat lain,
kalau hendak letak kereta di tempat yang disediakan mesti memiliki
dan mempamerkan tiket letak kereta.
40 sen sekeping untuk sejam.
Tiket tu mesti kena beli.

Dan.....

untuk membeli tiket tu mesti kena beli di kedai nombor yang ada di situ
kerana di situ saja la yang ada jual tiket tersebut.
Nak atau tidak...kena beli la.

Termasuk la aku ni.
Pernah la aku berbaris dalam kedai tu.
Mujur tak da yang ambik gambar.
Kalau tak...nampak la muka aku ni.

Jadinya...
mereka ni nak membeli tiket letak kereta la.
Bukannya nombor judi.

Allah sahaja yang maha mengetahui....

23 ulasan:

Tirana berkata...

Biarlah orang nak kata apa, asalkan kita yakin kita tak buat perkara yang salah di sisi hukum.

Catwoman berkata...

Salam Cik One...

Benar ckp Cik One. Jgn mudah2 kita m`jatuhkan hukuman ke atas org lain selagi kita tak tahu hujung pangkal atau kebenarannya.

Semoga kita semua selamat di mana2 jua dan jauh dari fitnah mahupun buruk sangka.

:)

Ku Tak Sempurna berkata...

mungkin juga mereka sdg mencari kucing yg hilang di situ.. kaaaaann

Yunus Badawi berkata...

pihak MBI tu pun satu. Carilah tempat lain juga utk jual tiket parking tu. Taklah menimbulkan fitnah bila org Islam nak beli benda tu

Yunus Badawi berkata...

eh kejap. Gambar2 tu bukan Super Kinta kan?

Mungkin di bandar lain pun jual tiket parking di kedai Toto agaknya. Aku pun cuba bersangka baik

Kamsiah berkata...

ya..dah 2,3 th lepas rasanya saya lihat gambar ni kat forum komuniti...semuanya hentam mereka yg bertudung tu...
ya..sentiasa bersangka baik supaya tak dapat dosa free...

xiiinam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
xiiinam berkata...

Maaf ya..macam buruk aje komen tadi...ckLah padam eik!

xiiinam berkata...

Komen gantian;
Menghentam orang memang pekerjaan paling mudah di sunia...
Tapi bila sendiri kena hentam kalu,tahu naik angin pula

ikan emas berkata...

i.MBI pun nyusahkan orang betoi...ada ke nak beli tiket bagai..

2...cerita semalam.
Tika jalan-jalan cari makan di sebuah pekan askar ( bukan di NS tau !!)terpandanglah sekumpulan mat terap beruniform beramai-ramai menyerbu kedai 4D..bersangka baik..

"... agaknya askar tu Iban kot ...atau Siam ke ..."

"eh ! berapa kerat aje mereka ....muka mcm bangsa aku je ..."

"... atau macam kes 1Z kata kata nak beli tiket parking kot !!! "

" eh tapi pakai topi keledar ?????"

arryani berkata...

ye ke???

laaa, aku baru tau nih..kes pelik nih..

sian ar dorang tu...

dah kena fitnah...

julietchun berkata...

dahlah orang kita ni cepat berburuk sangka.

noorlara berkata...

hahahaha onezaba, lara gaks selalu buruk sangka... hukhukhuk apapun terima kasih atas ingatan tu ye

al-lavendari berkata...

biasanya kita menilai ikut lumrahnya .. macam orang masuk tandas, kita percaya dia ingin membuang air. tapi ada juga orang masuk tandas sebab nak main nyorok-nyorok.

eeeda berkata...

Sebab dah selalu bersangka buruk tu susah nak bersangka baik...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

bersangka baik jer...

=)

SK CONVENT berkata...

kt ringlet pn ada malay g beli..nak kata parking tiket..cameron park free je..maybe diorg g tukar duit kot..think +ve

baincardin berkata...

siasat dulu seblum buat keputusan kan. :)

en_me berkata...

cantiknyer kain pelikat abe tewww.. ekeke

Mama Danish berkata...

La...sape tau kalau depa sume tu ngah beratur nak beli toto..yg jnis Narita tu ke..

stiffler berkata...

owh..yeke..tak tahu pulak gua..gua penah mengutuk gila baba dalam blog pasal gambar ni..alamak!

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

ya betul tak baik salah sangka....

Tanpa Nama berkata...

buy valium online no prescription valium online worldwide - valium blue pill 10