Jumaat, Mac 5

Selepas malam jumaat....

MASIH SUAMI ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT..


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

15 ulasan:

Che' Pit berkata...

selepas malam jumaat?

err mlm sabtu bagi pasangan yg dah lama kahwin..

tapi yg baru kahwin, setiap mlm adalah mlm jumaat, ngeh ngeh ngeh..

sI tEDI berkata...

malam ni dah malam s abtu!

ikan emas berkata...

semalam hari khamis...

hari jumaat kedah coti !

julietchun berkata...

jngan risau wahai gadis yg belum berkahwin,huhuhu.

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

kenapa dengan malam jumaat...hehehehhehehe

LiNda berkata...

Ermmm...wanita dan perkahwinan.

Jika tiada pasangan di dunia , akan ada pasangan di Syurga .

ONE ZABA berkata...

che pit...>> ko cakap sambil telan air liur je la. baik kawen cepat.

sitedi...>>setiap malam adalah malam jumaat pun boleh.

ikan emas...>> terengganu pun coti.

juliet...>> jangan berkawen wahai gadis yang risau!!!

alimaz...>>sebab jumaat adalah penanda coti.

linda...>>amal ibadat jangan dilupa lak.

Ummi Humaira berkata...

salam OneZ

terima kasih info yg menarik nih..

ha ha ha nk tergelak komen untuk Che Pit tu...

hai risau gak yer kalu tak dapat jumpa antara suami isteri lg di syurga kelak ..

harap2 ummi dpt ler bersama2 hubby ummi lagi di sana kelak..

zaijb berkata...

tunggu ku di pintu syurga....hehe..
alamak belum kahwin lagi....
saper pulak yg nak tunggu..huhu...

Yunus Badawi berkata...

semua malam adalah malam Jumaat bagi aku. Siang pun malam Jumaat juga kalau aku tak kerja hehehe

MaizaC'Joe berkata...

tak kawen pun ok gak nih... huhuhu..

Tirana berkata...

Bila dah kawin, terasa ingin nak bujang balik..ahakss

ONE ZABA berkata...

ummi...>>patut kawen dah che pit tu. ntah apa yg ditunggunya lagi!!!

zaijb...>>elehhh, buat buat tanya pulak. nyampahhh!!!

YB...>>biar betoi ko ni. larat ke ko lima kali mandi sehari. mau biru badan ko tu.

maiza...>>kawen la lagi elok. banyak manfaatnya.

tirana...>> biasa la tu. lumrah manusia.ada masany seronok bersendirian.

arryani berkata...

bukan main suka la ko wat topik tawen2 eh...

ONE ZABA berkata...

yan...>>tawen tawen memang seronok. kalau boleh la kan...hari hari nak tawen.