Jumaat, Disember 11

Yuhuuuu!!!!!

Fuhhhh, lega dapat balik ke rumah setelah hampir 5 minggu keluar kawasan!
Baru habis kerja penutup tahun. Semuanya perancangan 09 dah beres terlaksana.
Boleh la goyang kaki sampai berakhir 09.



Sambung lagi bab tua muda ni...

Kelebihan lelaki berusia...cewahhh!!!

Lelaki berusia lebih romantis dan sabar melayan karenah pasangannya yang lebih muda.


Cinta lelaki berusia lebih meyakinkan dan matang berbanding lelaki muda atau sebaya.


Jika dibandingkan dengan lelaki muda, lelaki berusia dikatakan tidak membosankan. Ini disebabkan mereka punya banyak cerita dan gemar membuat jenaka.

Seorang wanita itu sangat beruntung jika bertemu jodoh dengan lelaki berusia yang masih berstatus bujang atau duda.


Hasil kajian... 65 peratus gadis muda sanggup memilih lelaki berusia yang berharta untuk dijadikan teman hidup.


Antara sebab wanita muda sanggup mengawini lelaki berusia adalah demi menikmati hidup yang lebih selesa tanpa perlu bekerja keras dan melalui hidup yang susah sebelum ini.


Ada wanita muda yang tidak yakin pada diri sendiri. Mereka memerlukan sokongan lelaki berusia yang sudah berjaya dalam hidup untuk membantu dan memberi sokongan kepada mereka.


Segelintir wanita percaya pemilihan lelaki berusia dan berharta sebagai suami akan mengubah gaya hidup dan cita rasa mereka dalam kehidupan.


Lelaki berusia dikatakan lebih memahami dan mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik.

Lelaki berusia dikatakan tidak lokek berbelanja.


Lelaki berusia lebih baik daripada lelaki yang lupa dirinya lelaki.
.
.
.
.
.
.
.
.
Liang rongga mana agaknya nak ditonyoh dek lelaki omputih tu.

Semoga kita semua diberikan hidayah dan ditunjukkan kebenaran.

24 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

aku orang pertama hari...sebab tadi aku baru komen yang sebelum ni...

aku tak pasti apa yang dicatat - aku tengok ramai member aku kawen mudo ke tuo - semua ok aje...omputih tu tak ade keje...rajin beno la buat kajian....

sI tEDI berkata...

kalau lelaki tua pun duit tarak.. x leh pakai gak. ekekeke

aduh.. materialistiknya aku!

Che' Pit berkata...

hmm kena tunggu 10 tahun lagi le baru cari jodoh.. mesti ramai gadis muda yg beratur kan, ngeh ngeh ngeh

Batara Guru berkata...

auwwww!!!
I lelaki tulen bang!

zaijb berkata...

adusss... tgh mencari... pening nie...haha....
lawak betui entry nie....

Tirana berkata...

Lelaki tua macam keladi..makin tua makin menjadi...
Lelaki tua macam kelapa..makin tua makin pekat santannya...
Tapi ada juga lelaki tua macam pisang ranum..lembik..hehehe..

So perempuan2 muda di luar sana, hati-hati nak pilih suami yang berusia..takut terkena pisang lembik..alamat menggigit jari aje la..hahaha..

Yunus Badawi berkata...

Aku rasa macam ko buat n3 tentang aku ahaks

Tapi aku bukan bujang atau duda hehehe

Shifu67 berkata...

aku duk rasa muda sokmo ni... hehehe

.: mama cute :. berkata...

oh..my hubby tua 7 years from me..hehe.. sangat bes..so, takde la orang kata..eee..bini dia nampak tua dari laki..kuikuikui..

tu pasal la orang tua2 kata cari orang yang lebih tua jadi suami..

tp kesian plak kat lelaki muda.. kena cari perempuan tua kah? sbb perempuan muda suma nak cari hat tua.. kuikuikui..

anyway, aku pon kompius tang mana omputih tu nk lenyek ek.. lucah sungguh ayat ko tu oneZ..wakakkakaka

ikan emas berkata...

Ikan emas rasa macam pernah tulis n3 kes ni....

LiNda berkata...

Oooooo... gitulah pulak !

Zyma Saad berkata...

Salam Cik One Z.....

Aku paling suka statement ko yg paling bawah tu. Kat mana lelaki omputih tu nak tenyeh kannzzz.
Opppssss, aku tak nak sebut. No, no, no...


**Bagi aku lelaki muda atau tua, yg penting sikap yg positif yg memainkan peranan.

MaizaC'Joe berkata...

salam..

kena cari laki tua gak la.. haha!! tak kira la tua muda yg penting masing2 tau tanggungjawab.... ada jg lelaki tua tak boleh harap... tapi tak semua la.... hee...

DUN Behrang 2020 berkata...

Janji bahagia dan saling memahami...errr...kira yg dalam gambar tu kategori saling memahami tak?

tasekM berkata...

dia dh 'renovate' siap2 la bro... ha ha.



.

Marzalina berkata...

nak cari lelaki yg berusia la camnih hahahahahaha...uppsssss!!!!

Dr.Araz berkata...

Yeeehaaaa....

Kamsiah berkata...

salam...
jgn tua sampai org ingat datuk berjalan dgn cucu,dah la yea..:)
saya sendiri la...amat heran dgn wanita yg memilih lekai muda..mungkin taste dia org kut..sedangkan saya rasa amat geli serta sikit pun tak boleh nak anggap lelaki lbh muda bf/suami(kalau la saya tak kawen lg)

Kamsiah berkata...

tak try makan ke serangga tu..nampak ranggup je hehe

Pn Kartini berkata...

Salam..:)
Muda /tua...kalau dah hati berkenan..apa boleh dibuat..mungkin ada yg berkenan di matanya ..apa2 ,
yang penting..ilmu di dada..keikhlasan..t/jwb dll..perlu di ambil kira...bukan hanya faktor usia shj..

xiiinam berkata...

Hi..hi...hi....


Suamiku tua....

Kerana aku pun semakin tua....



Dulu dia muda laaaaa...


He..he..


(ayat kedua terakhir tu menggerunkan.......bagi dia papan congkak boleh dak....banyak lubang!)

LotsOfLove-Pearls berkata...

bro..
banyak gak kebaikan lelaki tua nie..
hehe..

Rozita berkata...

lelaki berusia + beruwang..tu yang laris di pasaran

lelaki tua tkdak uwang...melayang ler..wassalam :P

Kamsiah berkata...

eiii geli...suami sebaya bapak...menantu lbh tua dari pak /mak mertua...