Sabtu, November 21

Saja nak ingatkan...


Cuti sekolah dah bermula. Biasanya cuti sekolah hujung tahun ni begitu sinonim dengan musim tengkujuh. Kalau kat atas ni bermakna musim sesak pun bermula. Tak kira panas atau hujan. Hujan lebih banyak daripada panas. Matahari pun dah lama tak nampak ni.

Kepada yang cadang-cadang naik gunung ni, elok la tangguh-tangguh dulu. Bukannya apa... kalau dah hujan manjang, apa yang ditengokkan. Nak jalan-jalan pun tak boleh. Duk berkurung dalam bilik je la. Hujan ni pun menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang berlaku. Agak membahayakan kepada pengguna jalan naik ke atas ni. Kalau naik tak lepas...turun pun tak lepas, tido dalam kereta la jawabnya.

Tapi kalau nak dah naik jugak..apa boleh buat. Naik juga la. Jangan lupa bawak payung. Lebih senang kalau pakai baju hujan. Baju tebal@sejuk jangan sesekali lupa tau. Sila bersedia jugak bawak botol kosong atau beg plastik untuk kecemasan membuang air yang kecil mahupun air yang besar. Sesak gila dah ni.

Selamat bercuti buat semua yang bercuti. Selamat bekerja kepada yang terus bekerja. Teruskan kerja kalian ( aku pun sama...uhuuu). Sesapa yang ternaik ke atas ni...boleh la call aku ni ha. Aku ni ada je kat atas ni. Raya Haji nanti je baru balik kampung. Itu pun 3 hari je.

Selamat bercuti semua...

Selamat bertunang.....

Selamat pengantin baru.....

Selamat bertukar ke tempat baru dan lama...

Selamat berpindah ke tempat baru dan lama....(termasuk yang kena banjir)

Selamat bersunat kepada nak disunatkan...

kepada yang nak kena sunat tu... ini ada doa untuk kalian.

Ya Allah ya tuhan ku.....

hilangkan la sakit yang aku alami ni....

kekalkan la bengkak yang aku alami ini..ahakkkk!!!!

chiawwwww!!!!!!

23 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Masa aku honeymoon kat CH dulu pun hujung tahun dan musim hujan. Tak dpt keluar lagi aku suka wakakaka

xiiinam berkata...

Ya....ya...kami di sekolah dah mula cuti...









Yeeeeeeeeeeeeeeeha!

sI tEDI berkata...

tapi kalau dah keje PKG.. xde lah cuti. ekekekekeke

ummi humaira berkata...

salam OneZ

selamat ber qurban apa sajer

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

cuti-cuti malaysia...

selamat bercuti..

LiNda berkata...

yea... selamatlah semuanya ..

tapikannn... statement awak yg last sekali kelakarlah ...

hahaa

Batara Guru berkata...

one...bilalah ko nak merasa cuti macam aku ekkk!!!!
Ha..ha...ha....jgn mare arr!!

Shifu67 berkata...

errrr.... aku pun dah cutiii.... duk bebungkus dgn selimut je niii

sonata anak kancil berkata...

kalau rasa nak cuti panjang ,ko ngajo semula - walau sibuk cikgu ni - aku masih rasa kerehatannya!!! best keje cikgu ni.

Tirana berkata...

Cuti ni tak ke mana-mana cuma nak balik kampung aje masa raya haji nanti..

MaizaC'Joe berkata...

Salam

selamat bercuti.. selamat semuanya.. maiza tak cuti... tunggu raya la br cuti...

.: mama cute :. berkata...

oneZ- happy holidays.. kalau berkesempatan,kami nak naik le ke sana..eekekeke.. takde ke lift kaa..senang sket mau naik..haha

kuina berkata...

selamat turun bukit...

Zyma Saad berkata...

Semoga selamat semuanya,Insya Allah.

;)

Che' Pit berkata...

sekolah cuti, jalan x jem
boleh kuar lambat, ikut jalan biasa.. jimat duit tol.. so nak cuti sekolah 3,4 bulan pun, lagi baik, haha..

tapi jeles lak tgk org cuti.. keje kat opis berlambak menunggu..

LotsOfLove-Pearls berkata...

yang sedang bercuti best ar..
yang tak bercuti memang tak best..
huhu..

nak cuti jugak..

me berkata...

smlmt brcuti...

arryani berkata...

cuti ke mana ko One???

joegrimjow berkata...

nak baca entry
terlayan gambar

nak tgok gambar
terlayan lagu plak

ku tak sempurna berkata...

abang dah potong??
errr... dah potong ke belum bawang tu??

.
.


of course :P





selamat hari raya...

maaf zahir batin... :D




.
.

noorlara berkata...

Selamat berhariraya qurban dan bersejuk sejuk di atas gunung tu onezaba

YobSumo berkata...

hah semoga semua selamat!

selamat makan daging lembu!

MaMa MoDeN berkata...

salam one zaba,
yer, rumah saya nak penuh dgn anak2 yg balik bercuti... seronok, masak pun byk2... depa asyik nak makan je..

nak ckp sikit pasal sunat tu. bagi orang lelaki tu jelah sekali mereka merasa sakit seumur hidup, tapi bagi org pompuan nak2 lagi yg produktif tiap2 tahun beranak maka tiap2 tahunlah merasa skit ibarat telur dihujung tanduk.... mujurlah ada ganjarannya buat wanita yg melahirkan..