Jumaat, November 20

Macam aku kenal je orang tu...

Ahad lepas dua orang sahabat lama dari Sekincan, Selangor datang berkursus di sini. Menginap di Rosa Passadena. Petang tu bawak diorang pi pekena roti canai. Sambil makan , borak-borak. Hantar semula ke hotel. Dalam jalan nak balik tu, dari jauh di suatu simpang, aku terlihat seorang lelaki berjalan kesejukan.
Seperti pernah aku kenal je lelaki ni.
Baju T
yang dipakainya pun seperti pernah kulihat.
Sebelum memang dah tau dia ni nak datang sini . Ada kursus katanya. Cuma tak tau cara nak berhubung. Pasti dia. Dah dekat tu, sah lah memang dia. Lalu aku menghonnya. Ajak masuk ke kereta. Memang dia dalam kesejukan. Nak pegi ambik baju sejuk kat kawannya. Tak pa...jom aku hantar. Inilah orangnya
Shifu97@ Tersurat & Tersirat . Sempat jugak lah kami berborak. Tapi tak boleh nak borak lama. Sebab aku kena siapkan laporan tahunan aku untuk dibentangkan di Kuala Terengganu esoknya. Buah tangan dah siap sedia sebab dah dibagitau akan kedatangannya.

Tak pa...len kali kita jumpa lagi. Bawak famili. Makan nasi kat rumah aku.

10 ulasan:

sI tEDI berkata...

wah! SUratan atau kebetulan..

dah mmg ada rezeki untuk bertemu!

xiiinam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tirana berkata...

Best duduk atas gunung...dapat jumpa ramai kawan2 blogger..hehehe

Shifu67 berkata...

srupppp.... menghirup teh berperisa strawbery... merenung titis2 hujan...

xiiinam berkata...

Siapa tu?

cHeRyNa PiReS berkata...

setiap kali datang umah nieh mesti cerita pasal tetamu:)

Che' Pit berkata...

murah rezeki meraikan tetamu yg datang..

Pn Kartini berkata...

Salam..:)
Mesti seronok..bertemu sahabat handai..!
Selamat bercuti..:)

azlina berkata...

salam one z...
musim cuti tlh tiba...saya pernah menginap di rosa pasadena semasa melancong ke sana beberapa tahn yg lalu..ppergi hr khamis sempat lagi ck abg dan anak2 sembahyang jumaat di masjid yg berhadapan dgn balai bomba tu...

Shifu67 berkata...

Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.

2009 November 20 19:55

amboiiii.... ada org delete komen ni... jadi misteri la pulak niiii