Isnin, Oktober 19

Sayangi isteri....



Dalam kebuntuan....
otak beku je.
Tak tau nak cerita apa.
Meh kita kongsi ini pulak.


Mulianya seorang isteri disisi Allah?


Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak


Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilahyang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka?


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan? sebagai pengeluar ? manusia.


Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh? 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.


Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.


Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.


Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..


Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


29 ulasan:

arryani berkata...

Touching tul nih...

haku mcm nak prame jek kata2 ni..

nak letak kat dinding!!

pas tu...nak letak gambo ko sekalik..

gambo masa ko amik ngan org umah ko dulu..

gambor atas kerusi, sambil tengok2 ke belakang...ingat tak???

Yunus Badawi berkata...

Nanti aku nak suruh isteri aku baca n3 ko ni walaupun dia jarang baca blog.

- jinggo - berkata...

aduhai cgu
menariknya N3....
saya nak ambil.
simpan
nak kongsikan dengan semua ' awek2' di kem...

ikan emas berkata...

waaa...ceramah nak kenen sinis kat pompuan yek..
abis lelaki tuu..dah tau senang-senang dpt pahala bela anak-bini yg pergi jaga org lain sape suruh???

...org pompuan membebel tanda syg!!

LiNda berkata...

owhh..manisnya ...

Terima kasih kepada kaum lelaki a.k.a para suami - suami kerana sudi menikahi kami dan menjadikan kami seorang isteri disisi anda dan seorang Ibu kepada anak-anak anda .

tq so much !

Shifu67 berkata...

hari ni mem besar keje.... aku cuti

aku dah siap masak goreng kangkung berperisa kuah rojak mak bee... goreng ikan patin.... pehhh... mem balik mesti tangkp lentok nii

sila rcaya okkk... tak caya tanya linda (errr... yg masak simple je... goreng telur dadar.... hehehe)

LotsOfLove-Pearls berkata...

Hi Bro,
Wah..
Ini penting kepada kaum wanita..
Hmm..
Thanks sharing..
pasti ramai yg suka n3 ini..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

insyaallah..

bila dh kawen nak jadi isteri yg solehah..

amin..

Pn Kartini berkata...

Salam...
sentiasa bersyukur dijadikan seorg wanita.....Aminnn...

zaijb berkata...

salam tuan umah,
suka tgk gambar carton kat bawah entry tue.... ishh dapat anak gajah lak hehe...

teja berkata...

hehe.. smpai cni ko ye zai, tau je ko... tn umah, maaf la ye... aku trsesat cari zaijb

cHeRyNa PiReS berkata...

masih ada part yang touching walaupon sha dok memikirkan yang macam2 sejak kebelakangan nieh.

thanks! dah adjust balik otak nieh...

LiNda berkata...

uhuk uhuk !

helloo ckgu shifu... saya tak masuk campur okeh .

hahaaaa

eeeda berkata...

n3 yang bagus untuk dibaca... kita nie sebagai wanita banyak kelebihan. Tapi kita je tak tahu kelebihan tersebut...

Zyma Saad berkata...

Isteri yg baik dan mulia tetap ada ganjaran di sisi ALLAH s.w.t kelak.
Itu mmg tak boleh disangkal lagi...

Ko nak tukar ke status suami dgn isteri ko,Cik One?? Try la pegang status sbg isteri..... kesabaran di hati mmg perlu kuat.
:)

Zyma Saad berkata...

Errkkkk,terlupa lak....
Aku nak amik nota ko yg ni.....
Nak tempek dlm bilik aku.....baca mlm2, mimpi yg baik2.....huhuhuhu.

Thanks 4 sharing!!!! :)

sI tEDI berkata...

aku belum bergelar seorang isteri

Batara Guru berkata...

tapi...pasal apa ada orang lelaki yang sembahyang Jumaat kat Madinah arr....wal hal duk Malaysia jer?
Ha..ha...ha...

kirana berkata...

Amboiii.... syahdu sesungguh!

Tapi nape Kirana rasa mcm ade agenda pulak di sebalik entri nih?

Ape pendapat korang?

ONE ZABA berkata...

yan...>> jangan pandang belakang

YB...>> mesti kembang hidung isteri ko nanti.

jinggo...>> ambik sekali la awek tu buat teman.

ikan emas...>> memang aku bela anak bini pong. tak ada orang la haih!!

linda...>> udah gitu hukuman alamnya.

shifu...>>aku caya cakap ko tu.
linda tu...silap-silap telur dadar pong beli kat kedai.

LOL...>>aku pong kongsi daripada orang punya.

GPSB...>> jgn lupa jemput kami pulak

PN. Kartini...>> bersyukur jugak jadi lelaki.

zaijb..>>gambar tu tak ada kena mengena dengan cerita. hiasan je tu.

teja...>>ko buat-buat cari zai je tu. bebenornya ko cari aku... wakakaka!!!!


cheryna...>>makan otak-otak boleh adjust otak kut.

Linda...>> aku pun tak masuk campur gak. takat menyampuk je.

eeeda...>>masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. sesuai dengan hukuman alam.

zyma...>>bab nak kena beranak yang aku tak sanggup nak tuka status tu. tak tau tang mana nak keluar baby tu nanti.

si tedi...>>tunggu giliran...

yus...>> balik hari kut tu.

kiran...>> tak ada apa-apa agenda. agenda rumah terbuka pun dah habis. apatah lagi agenda meting PIBG.

DaliaLiyana berkata...

sape2 yg dah jd wife, kena baca ni...

Che' Pit berkata...

sayangi isteri?
huhu bujang lagi ler, mana de isteri utk disayangi

Teja berkata...

haha, udah le tu jgn nk perasan, aku masuk cni coz truja tgk gamba kucen tu camne leh sama sejibik mcm kt blog ITEW... baek punye instinct...

pssttt, elok ko lock album picasa akaun ko lg 1 tu sblm kantoi... ngeeeee!

~xiiinam~ berkata...

bagus..bagus...

kuina berkata...

wow.. perkongsiaan yg bagus... terima kasih

atie berkata...

Salam Onezaba,

N3 dlm nie best la di amati.... kelakar pun ade....salam persahabatan..

Zyma Saad berkata...

Lama ko sembunyi,Cik One??
Ko sembunyi kat celah2 pokok serai atau pokok pandan???
N3 baru please....
Huhuhuhuhu....
:)

Mama Danish berkata...

trase diri ini bgitu dhargai..alhamdulillah bersyukr dpt sume keistimewaan cenggini

DUN Behrang 2020 berkata...

Aku suka n3 ni...rasa syahdu syahdan jer...