Sabtu, Oktober 31

Izinkan ia pergi....

Salam takziah daripada kami sekeluarga buat rakan-rakan di luar sana yang kehilangan ahli keluarga tersayang, saudara mara , sahabat handai atau sesiapa sahaja kerana pergi mengadap Ilahi. Semoga redha dengan pemergiannya dan tabah menghadapi kehidupan hari-hari yang mendatang. Kami di sini turut bersedih atas apa menimpa rakan-rakan di sana. Hanya doa dan harapan dapat kami iringkan buat yang pergi semoga rohnya mendapat rahmat dan di tempatkan dalam kalangan yang beriman.

Al Fatihah

14 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

Salam , betol tu, kita mesti redha kepada mereka yang telah pergi mengadap Illahi.

Takat ni, ahli keluraga terdekat aku masih sihat walafiat...
( tapi mana tahu - tup2 yang sihat ni pergi dulu )

Cuma aku hari ni berhibernisasi - hujan masih turun di luar...makin best berhibernisasi!!!

Zyma Saad berkata...

Cik One Z.....

Doa org2 soleh dan beriman adalah yg sebaik2 nya....
Insya Allah.

:)

eeeda berkata...

Setiap antara kita akan merasa saat perpisahan... Doa2 org yg masih hidup penghubung dengan mereka yg telah kembali..

sI tEDI berkata...

AL-Fatihah dan Takziah!

Che' Pit berkata...

pertemuan satu kebetulan, perpisahan dan kepergian, satu kemestian..

sedia atau tidak, suka atau tidak, rela atau tidak, tetap kita akan hadapi nya..

Alfatihah..

LiNda berkata...

~AlFatihah~

Batara Guru berkata...

setiap yang hidup pasti akan merasai mati...

cHeRyNa PiReS berkata...

salam takziah juga...semoga semua yang menunaikan haji selamat pulang. insyaAllah. yang pergi kita doakan, yang berjuang, kita doakan jugak.

- jinggo - berkata...

semuga rakan di ' kelang ' dipermudahkanNya atas kehilangan dan pemergian......

semuga diberikan ketabahan

arryani berkata...

Salam takziah pd Anis jugak...

Harap dia Redha dgn ketentuannya...

Tirana berkata...

Semoga roh keluarga yang mendahului kita akan dicucuri rahmat oleh Allah..

Brahimnyior berkata...

Moga tenang di sana. Saya sendiri kehilangan mak dan ayah, serta abang sulung.

Hanya kenangan dapat dijadikan bukti.

Yang pergi takkan kembali.

xiiinam berkata...

Masa kita juga akan tiba.

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih untuk sokongan yang diberi.
saya akan ingat budi cgu one yg dari dulu cuba buat saya senyum selalu.yg selalu menjengok2 saya walau dr kejauhan.semoga cgu one dan keluarga akan sejahtera selalu.
TERIMA KASIH BANYAK2...SANGAT TERHARU ADA RAKAN MAYA MACAM CGU ONE NIE....PRIHATIN.TAK TAHU LAH SAYA NAK BALAS MCM MANE.