Selasa, Oktober 27

Bersangka baik...

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..


Jika bertemu orang tua,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

24 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

bersangka baik la sesama kita...

=)

~Insan Biasa~ berkata...

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali

Yunus Badawi berkata...

Kita cuba nak bersangka baik tapi hati ni kadang2 berkata yg tak baik jugak terhadap org yg kita temui huhuhu

ahmad humairi berkata...

salam,

memang...
orang lain semuanya lebih baik dari diri ini. sampai bila agaknya diri ini boleh jadi seperti mereka????

sI tEDI berkata...

InsyaAllah.. walau payah untuk bersangka baik dengan sesiapa sahaja.. :)

kakchik berkata...

MashaAllah... sungguh indah sekali kata-kata Sheikh Abdul Qadir ni.
Kakchik suka kerana kata-kata ni semuanya memang patut diambil iktibar.
Terima kasih one z, berkongsi ilmu yang baik.

arryani berkata...

Tu la ko One..

slalu buruk sangka ngan aku ...

tak baik tau...

Ade ke ko cakap aku kuat gossip...

mna ade.......

eeeda berkata...

Bersangka baik tu memang baik...
Yang tak baiknya.....orang ambil kesempatan di atas kebaikan kita...

ku tak sempurna berkata...

aku sentiasa bersangka baik dgn ko...

:D

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam Bro,
terus bersangka baik..

*kadang bersangka buruk juga..

julietchun berkata...

bersangka baik dan berbuat baik :D

ummi humaira berkata...

salam ...
nak mudah, setiap malam sebelum tidur maafkan semua orang ..

xiiinam berkata...

Aku sentiasa bersangka baik kat kau....walaupun kadang-kadang kau buat tak baik dengan aku...






He..he..he...jangan marah!

Pn Kartini berkata...

Salam..
Memang laa..mana2 yang bersangka buruk ..buruk lee jadinya...ada
jee suara2 haluss yang menghasut!

hazlin berkata...

think positive...

zaijb berkata...

kita hanya manusia biasa...
kekadang sering terlupa... dan menilai sesuatu dr pandangan pertama...
perlulah kita berfikiran positive.

Mama Danish berkata...

think positif..jgn buruk sangke ngan org..org wt kite..kite wat blk kt org tuh...hahaha..xbaek tau..jgn wt gtu ehhh

Zyma Saad berkata...

Bersangka baik dgn semua org adalah lebih baik dari berburuk sangka.

:)

cHeRyNa PiReS berkata...

insyaAllah...sha akan buat semua nieh. mungkin akan menolong sha menjadi org yang lebih bersabar:)

DUN Behrang 2020 berkata...

Mutakhir ni n3 ko ni mmg merangsang minda la bro...superb! Aku sukeeeee...

tasikmerah berkata...

ok. aku bersangka baik dgn kamu... :)

Tirana berkata...

Tak rugi pun jika kita bersangka baik pada orang...

LiNda berkata...

Bersangka baik..
sentiasa yang baik-baik sahaja.

ONE ZABA berkata...

aku juga sentiasa bersangka baik dengan kalian. semoga kalian sentiasa menjadi orang yang baik-baik.