Rabu, September 30

Selamat dah raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan taulan.....

Selamat sudah hari raya.

Tahun ni giliran kami beraya di Jerantut. Seperti biasa berkumpul di rumah Tok Moyang mem besar aku tu ha. Cuma tahun ni tak berapa nak bermeriah kerana rumah itu sudah kehilangan penyerinya. Yang ada di situ Tok Moyang lelakinya sahaja. Tok Moyang perempuannya sudah pergi buat selama-lamanya. Begitu juga dengan ibu mertuaku. Tak ada la acara masak memasak bagai nak rak. Tok Moyang pun dah larat. Kederat sudah dimamah usia. Tidak lagi mampu mengimamkan solat aidilfitri. Kalau tak....anak cucu cicit pun sudah separuh masjid menjadi makmumnya. Namun...raya tetap raya.
Ambik kesempatan raikan ulangtahun kelahiran si bongsu , Aniqah Humaira, kami tu ( setakat ni dia la yang bongsu) . Sepatutnya sambut 8 Sept hari tu. Tapi tarikh tu dalam puasa, maka tangguh la dulu.
Sesi bergambar ramai-ramai yang tak berapa nak ramai kerana payah nak kumpul ramai-ramai. Ada je yang tak cukupnya. Panggil yang ini..nanti kejap. Panggil yang itu...nanti kejap jugak. Sudahnya...snap mana yang redi je la.



Yang pergi tidak dilupa....
Sekaum kerabat mengunjungi pusara Tok Moyang perempuan dan pusara ibu mertuaku.

Dari situ kami bergerak beraya ke rumah kaum kerabat yang berdekatan.
Serang...serangggg.......


15 ulasan:

Tirana berkata...

Meriahnya raya One.Seronok ye ada family besar ni..time raya riuh rendah

kakchik berkata...

SELAMAT HARI RAYA ONE Z.
Puas kakchik tunggu gambar tapi tak keluar-keluar. Dari pagi tadi blogger ni dok bergaduh dengan kakchik. Byk blog yang kakchik masuk tak dpt tengok gambar.
Rasanya mesti gambar-gambar yang best la kan.

ku tak sempurna berkata...

ghamainyaaaaaaaaaa....

lg ghamai drpd rakyat kuala lumpur yg ada...

hikkssss


selamat hari raya...

xiiinam berkata...

Lebih kurang keluarga ckLah je ramainya....


Seronokkan begini...

sonata anak kancil berkata...

Patut la lama rumah berkunci - raya sakan kat kampung mem....meriahnya!
memang seronok ramai begini - aku dah tak dak dah...

LiNda berkata...

Wahh.. pandai awak tackle n3.
time orang dah abis tunjuk bagai gambor keluarga , baru awak nak keluarkan . menarik !

Semuanya besh ! meriah . Heppi beshday Aniqah Humairah !

Dah besar budak tuh kann... boleh tambah adik ! hahaaa

LotsOfLove-Pearls berkata...

Meriah..

Meriah..

Warna warni gitu..

Che' Pit berkata...

waa meriah ler tu raya che ONE.. org dah sibuk pk keje melambak, baru che ONE nak siaran raya, ngeh ngeh ngeh..

Zyma Saad berkata...

Cik One Z....

Sweet moments!!!

Kita masih b`untung memiliki family yg besar dan best cenggini.
:)

sI tEDI berkata...

happening!!

Pn Kartini berkata...

Salam..
sesekali berkumpul pasti menggamatkn..Yang pastinya..ikatan persaudaraan tak kan putus ..:):)

Batara Guru berkata...

raya dah selamat....
duit pulak tak selamat...

kuina berkata...

klu semua org nk tenggek depan kamera sapa nak tenggek tgk api kat dapur tu.. hangit la rendang & gulai...

ehhh duit raya utk saya ada lagi tak?

Shifu67 berkata...

ramainyeee.... jenuh la bagi duit raya...

ONE ZABA berkata...

Tirana...>> bukan saja riuh...nak runtuh rumah pun ada.

kakchik...>>line sengal la tu.

kts...>>memang la...rakyat kolumpo dah penuh kat kampung.

cklah...>> sampai bawah sinki pun ada org tido. dah tak ada ruang.

sonata...>>bukan la raya sakan..tapi sakan raya

linda...>>niat nak tambah tu memang ad, tapi tak kesampaian lagi...uhuu!!

LOL...>>Kalah deepavali kalernya.

che'pit...>>kami ni baru nak mula raya tahap 2

zyma...>> betul tu...suka duka tu adat la.

sI tEDI...>> help...helpppp!!!

Pn. Kartini...>> putus bekalan air je.

Yus...>> duit raya kira selamat pergi je la.

kuina...>>semua tu dah siap masak. yang tak selamatnya cuma bilik air je. penuh manjang.

errkkk..tengah ngendeng duit raya anak-anak ni...ahakkk!!

Shifu...>> lengu tangan salam ngulur ni.