Rabu, September 2

Sekadar renungan....

Tak ada apa yang menarik nak dipublishkan dalam beberapa hari ni. Buntu je. Rutin harian sama saja setiap hari. Pagi pergi ofis...di pejabat sekadar menyiapkan dokumen-dokumen yg dikehendaki ibu pejabat je ...petang balik rumah. Bawak anak-anak pergi PaRam ( istilah ni aku kutip kat blog Linda @ Semuanya Manis) . Dalam belek-belek laman rumah orang aku jumpa ini. Agak menarik jugak. Jadi aku publiskan yang ini sekadar renungan dan pengetahuan semua.... Selamat meneruskan ibadat puasa. Moga berjaya menghabiskan ibadat puasa sampai ke petang.

PERIHAL WANITA


1.Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari



2.Kaki (tumit kaki)


" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " An-Nur : 31

a) menampakkan kaki

b) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki


3.Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban



4.Dada


" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31



5.Gigi


" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani " Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim


6.Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliyah yang dahulu " a) bersolek ( make-up ) b) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah


7. Muka dan Tangan


" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja " Riwayat Muslim dan Bukhari


8. Tangan


" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi



9. Mata


" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31 "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan" Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi


10. Mulut ( suara )


"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32 " Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi " Riwayat Ibn Majah


11. Kemaluan


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)" An Nur : 31 "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya" Riwayat Al Bazzar "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah

22 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Lelaki pun kena ambil iktibar jugak. Terima kasih berkongsi ilmu.

DUN Behrang 2020 berkata...

Gambar No. 9 tu ngeri la weh...gambar No. 11 nape 'dianaktirikan' pulak...hehehehe!

- jinggo - berkata...

disebabkan ini renungan bersama..
saya sedang merenung.
dan berfikir........

Batara Guru berkata...

indah renungan itu....
gambo 11 xde ker. kuang..kuang..kuang...!!

Tirana berkata...

Wahhh..kena kat perempuan belaka tapi semuanya itu untuk kebaikan.. Allah menetapkan sesuatu peraturan untuk kemaslahatan makhluknya

LiNda berkata...

Terima kasih ..
berkongsi renungan..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

setiap perkara yg dilarang ada hikmahnya...

Marzalina berkata...

terima kasih atas ingatan dan peringatan ni..kalau tak..mungkin banyak perkara yg telah dilupakan.

kakchik berkata...

salam ramadhan one z.

terima kasih atas perkongsian ni. semoga para wanita membacanya dengan hati terbuka dan mendapat iktibar.

para lelaki pula, bimbinglah isteri dan anak-anak perempuan anda seperti mana apa yang tertulis di sini. kerana dosa suami atau ayah yang tidak membimbing isteri/anak perempuan mereka lebih dahsyat lagi.

allahua'alam.

xiiinam berkata...

Kalau tak nak rutin yang sama....balik ke sekolah!

julietchun berkata...

param kat cameron ada stoberi bersalut coklat juge? Ermmm..nyum.nyum.

ummi humaira berkata...

terima kasih kerana bagi info yg paling berharga .. teramat mahal

Zyma Saad berkata...

Thanks 4 the info......


**Erkkkk,lagu raya dah ada kat sini la. Mood raya dah mai ke??
Bunga api ade tak? Mercun beli tak?
Ngeh....3x

:)

sonata anak kancil berkata...

walaupun ko kata sekadar renungan - lama aku renung....tapi aku baca jugak...puas aku menarik sampai ke no 11.....TK

Kat sekolah aku ada nama Parammasivam...

arryani berkata...

Renungan ni, buat aku termenung jap..

kuina berkata...

sedang merenung

ONE ZABA berkata...

YB...>>siapa la lelaki tanpa wanita. cakar dinding la jawabnya ...hehh ...hehh!!

Dun...>> aku bubuh dah gambar utk no. 11 tu. tak boleh lebih-lebih. batal pose kang.

Jinggo...>> renung sampai nampak ayam panggang ke tu

Yus...>>ni sorang lagi nak batal pose. aku bubuh dah tu ha. tengok la.

Tirana...>>bukan nak mengena tapi hukumnya begitu.

Linda...>>mari kita lawan renung

GKSB...>>cuma yg tak ada "dilarang melarang"

Intan...>>bukan lupa..tak ambil berat.

kakchik...>>lelaki pun kena bimbingan jugak ni

cklah...>>aku mohon dah..tapi tak lulus...uhuuu!!!

juliet...>>param yang kaler cokelat banyak la...nak ke!!!

ummi...>>mahal tetapi tak dipandang

zyma...>>baru nak beli bunga api tu...tapi lori dah kena tahan. main api kat celah pokok bunga je la.

sonata...>>kat sini banyak sama nama tu. parameswari pun ada.

yan...>>jgn termenung lama-lama pulak. baju banyak lagi nak dijahit manik tu.

kuina...>> selamat merenung. jgn tembus pulak rumah aku tu.

Pn Kartini berkata...

Salam..
Cuba utk praktik apa yg patut sbg wanita dan jua seorg isteri..:)
Tq ats pengkongsian ilmu perempuan!

tasikmerah berkata...

sabor je la gambor last tu... he he.

INTAN berkata...

mmg bguna betoi sbg peringatan

ONE ZABA berkata...

pn. kartini...>>moga jadi wanita yg diinginkan.

TM...>> itu je la aku jumpa.

intan...>> jgn dok ingat je tau.

░♥si lampu neon♥░ berkata...

tanx ! best bace!