Selasa, Ogos 18

Tahu tak.....


Tahu tak..?


SYAITAN DAN HIDUNG

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)


Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.


Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.


Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.


Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.


Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)


Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur. Cara nak membersihkannya


Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.


Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.


Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).



Akhir kata........


"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"


18 ulasan:

LiNda berkata...

iskk.. gatal pulak hidungku ini !

LotsOfLove-Pearls berkata...

oit...

hidung nyer kisah daaaa....

utk ayat terakhir sekali aku

CUTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!

Hahhaa...

DUN Behrang 2020 berkata...

Dr mata turun ke hati..dari hidung?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

ada org jatuh cinta kerana hidung ke???

patut la ramai popuan melayu tergila-gilakan mat bangla yg hidungnya leh wat penyangkut baju..

hehe

julietchun berkata...

patutlah kekdg mlm2 rasa hidung ni gatal, agaknya tem tu setan tengah main,hehehe.

<< s| tED| >> berkata...

kuasa tarikan paling besar..lubang hidung!! huH! siapa yg x delubang huding tu... nasiblah....

ONE ZABA berkata...

linda...>> itu resdung la bukanya setannnn!!!!!

LOL...>>ya...kisah sambungan taik hidung hari tu.

Dun...>> dari hidung turun ke lantai la. sedap je ko hembus hingus kat lantai tu.

GKSB...>> cepat la jadi ibu tunggal kalau jatuh cinta kat diorang tu.

juliet...>>aku rasa bukan tu. ko belasah belacan sepiring kut.

<< s| tED| >&gt....>> rugi woo kalau tak ada lubang hidung. tak merasa la nikmat korek hidung....ahakkkk!!!

Batara Guru berkata...

ABT...aku baru tau....(proton knight)

noorlara berkata...

kahkahkahkah, hidung hidung yg banyak ceitanya, banyak gunanya tapi rupa-rupanya bukan senang nak menjaganye yerrr, terima kasih atas maklumat yg amat berguna dan Insyaallah akan lara amalkan.

Selamat onezaba!

INTAN berkata...

OOO...baru ku tau...adakah saiz idung mempengaruhi bilangan setan?..

--sambil garu2 idung--

Yunus Badawi berkata...

Patutlah aku kadang2 susah nak nafas. Setan jadikan port depa rupanya huhuhu

Shifu67 berkata...

setan suka main nyorok2 kat celah bulu hidung la nii

Tirana berkata...

hehehehe...suka ayat terakhir tu.. Kata orang yang berhidung mancung itu cantik atau kacak.. sebab itulah ada yang sanggup buang duit buat pembedahan hidung agar jadi mancung..Saya terima aje hidung saya seadanya...itu pemberian tuhan..wajib kita bersyukur..bayangkan kalau tak ada hidung langsung.. Bila dah ada hidung tu jaga elok-elok tak kiralah samada dia penyet atau mancung..jangan jadi "hidung tinggi" cukup lah...

arryani berkata...

Aku antara org yg jatuh cinta kerana hidung..

Opssss..terlepas cakap plak...

jgn gtau org lain eh...

p/s slmt nyambut bulan pose flen

ummi humaira berkata...

salam ramadhan
macam mana nk ubati resdung ye ? gatal je hidung ni

ONE ZABA berkata...

Yus...>> dah tau tu baguih la. tunggu apa lagi...pegi la cuci hidung tu. ada seketul kat tepi lubang tu.

noorlara...>> selamat korek hidung sama....ahakkk!!!

intan...>>memang la...lagi besar lubang hidung, lagi gemuk-gemuk setan dalam tu.

YB...>> itu semput dah semulajadi kut....umur ko berapa dah tu!!!

Shifu...>>itu yg jenis bulu hidung sampai terjulur keluar la tu. lebat bulu hidung daripada misai.

Tirana...>>mat bangla cukup laku sekarang ni....

yan...>>mesti hidung ko tercium taik ayam masa jatuh depan mamat tu.

ummi...>>rendam ngan air belaca seminggu....agaknya la..ahakkk!!

Zyma Saad berkata...

Errrkkkk, baru ku tahu setan suka b`tapa kat port yg b`lubang dua itu lagi b`bulusss.....mencikkk tauuu!!!

Salam ukhwah dari sy. :)

ONE ZABA berkata...

Zyma Saad...>> slmt dtg dan terima kasih sudi datang. gunting la yg berbuluss tu...ahakkk!!!