Isnin, Ogos 10

Antara bayi dan babi

Merata-rata orang ngutuk menatang ni. Angkara menatang ni la maka timbul pulak wabak selesema babi yang dah makan beribu korban. Kat negara kita ni pun setiap hari ada sahaja yang dah jadi korbannya.

Tapi adakah memang betul menatang ni yang bersalah atau memang angkara manusia sendiri. Mungkin manusia sendiri yang cari penyakit dengan memelihara menatang ni.

Punya takutnya manusia dengan penyakit ni, sampai lupa ada satu lagi penyakit yang sedang melanda negara kita ni. Penyakit buang bayi. Dalam akhbar setiap hari rasanya ada saja bayi yang dijumpai samada masih hidup atau yang sudah menjadi mayat. Tak kurang jugak yang dijumpai dah dimakan dek menatang lain. Tapi cerita ini hanya sekadar di akhbar saja. Tiada tindakan selanjutnya untuk mencegah atau merawat.

Sedangkan......

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

gambar sekadar hiasan je ni...

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)"

ini pun gambar hiasan je .....

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".

.

.

.

.

.

Rupa-rupanya sekarang ni babi lebih penting daripada bayi......

.

.

.

.

Rasa macam nak demam je ni ha.....

27 ulasan:

DUN Behrang 2020 berkata...

Setuju ngan n3 ni bro...cuma gambar kedua tu malu arrr nk tgk lama2...

Tirana berkata...

Tu la..kita asyik dok menyalahkan babi sbb swine flu..salahkan anjing dan salahkan banyak binantang lain sedangkan kita tak sedar bahawa perangai dan sikap kita lebih teruk dari babi dan anjing...huh...memang manusia tak sedar diuntung...

~Insan Biasa~ berkata...

aku pun rasa mcm2 nak demam gak ni cgu one....

hari semalam kelmarin hujan
gaya hari ni macam panas
rasa nak demam je badan
penangan exam oum belum lepas

arryani berkata...

One

aku nk maklumkan yg gambor dlm blog ko nih kena gam ngan lembaga pnapis pilem2 amatur...

Apapun...

slamat mnunggu baby baru..ngeh3X..aku tau...aku tau...aku tau...

sekilas ikan di air sudah ku tahu....

ONE ZABA berkata...

dun...>> kalau aku buh gambar org buat gitu lagi la malunya.

tirana...>>yang untung tokeh jual obat jugak.

anis...>>aiikk, ada pantun jugak!!

pagi petang cuaca mendung,
kusangka hujan rupanya jerubu;
jangan tercicir barang dikendung,
masa exam jangan meniru.

yan...>>aku rasa ko dah salah sangka dah tu. bila pulak mem aku tu ngandung. aku rasa ko tengok ikan salai je tu.

ummi humaira berkata...

agaknya sprti gambar kedua tu le yg terjadi makhluk aneh nooo , badan lain spesis muka lain bentuk ...wallahu'aklam

LiNda berkata...

Salam..,

Dulukan.. time kecik2
nak sebut babi pun susah ..
silap haribulan kena belasah..
tapi sekarang memang dah sah..
itu angkara babi punya masaalah.

Wahai Cikgu OneZaba,

Sungguh jujur jawapan anda
sangat telus gambaran anda
namun apakah itu seia sekata
dalam kita mencapai kata?

Memang benar, ada kepincangan dalam masyarakat kita !!

Saya suka n3 ini . Kecuali gambar tuh..tuh.. eeiii tak sesuai okeh.

.: mama cute :. berkata...

anis.. ko jangan nak demam sesaja..sat g kena betoi2 baru tau.ekkeke.. kat sini orang pakat pakai mask.. hmm.. tapi apsal depa tak bakar segala babi2 yang ada macam wabak selsema burung dan juga penyakit kuku dan mulut dulu ye..

dulu masa wabak tu semua ayam2, lembu2 kena bunuh and bakar, pehtu tanam..tapi beruntung plak aku nengok si babi2 ni takde tindakan apa2 pong..wakakkakaka..

julietchun berkata...

ngeri ye baca paper 2-3ari lepas mayat bayi dimakan biawak tu.Nak lalu depan gerai cina pun dah tak berani.

tice lin berkata...

addeh... macam2 penyakit zaman sekarang... selalu kena berhati2... kita adalah sejarah untuk generasi akan datang...

dotblogspotdotkom berkata...

bencana dan mushibah yang melanda tu bersebab... kita lebih takut penyakit yang berupa VIRUS @ KUMAN.. tapi kita langsung tak kisah penyakit AKIDAH...

pada mereka... penyakit yang menyebabkan kematian lagi bahaya dari keruntuhan akhlak....

nueeunlimited berkata...

salam cik one..
Insaf2 bca entry nih.. Nauzubillah..
Herm, ssh nk ckp zmn skang nih. Semoga hati2 kite yg msh sedar nih ditetapkan Iman oleh Allah...

lillies berkata...

salam..
kalau dah terasa nak demam tu cepat2 la minum 100+...bole lega cepat...
ape2 pun, skang ni macam2 petanda yang Allah dah tunjukkan ke arah akhir zaman....sama2 la kita bertaubat yea kawan2....

<< s| tED| >> berkata...

aku tak dapat nak bayangkan pelajar yang lahirkan anaknya di dalam tandas.. memasukkan ke dalam beg hingga lemas. memeluk beg sampai ke klinik.. Ya Allah!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

bila penyakit ja

salahkan binatang..

dulu selsema burung,

sekarang selsema babi..

sedangkan sebenarnya org yg cipta vaksin dia juga yg cipta virus...

duit punya pasal...

tapi ada manusia lebih teruk dari binatang...

buang anak2 merata-rata...

binatang pon xbuat cm tu...

xiiinam berkata...

Aku bukan sekadar kena pakai topeng mulut dan hidung.....tapi kena pakai penutup mata sampai blog kau hari ni bro....

tasikmerah berkata...

aku dh baik demam. ni MC pulak demam. haih...



.

tasikmerah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shifu67 berkata...

bila laaa sekolah aku dapat arahan tutup ni..... hehehe

Marzalina berkata...

banyak sungguh cerita dan gambar pasal Babi hari ni..huhuhu..glemer lah encik BA..BI heheh

hidet berkata...

semalam saya pi klinik..
doktor tu bersungut :

selsema burung dulu, tembak abih burung..

lembu gila - abih bunuh lembu2..

tapi swine flu - selsema babi - apa tindakan?

kuIna LadyInRed berkata...

tuhan jadikan manusia dengan otak yg berakal
tp tuhan jadikan haiwan dengan otak tanpa akal
bila manusia tidak menggunakan akal bermakna sama la spt haiwan...

sedih tau tgk keruntuhan akidah & akhlak manusia hari nie..

ONE ZABA berkata...

ummi humaira...>> mungkin jugak... kuasa Allah.

linda...>>sekarang ni perkataan tu jadi mainan di bibir je.

mama cute...>>mentang tu tak bersalah rasanya. cuma cara manusia bela menatang tu je yg salah.

juliet...>>ko lalu belakang kedai cina tu.

tice lin...>> jgn jadi sejarah belaka udah la.

dotblogspotdotkom...>> memang menakutkan sekarang ni

nueeunlited...>>mujur ada jugak rasa insaf.

lillies...>>taubat tak pe...jgn tau buat je udah la..ahakk!!

<< s| tED| >>...>> udah itu pilihan yg ada pada diorang masa tu.

GKSP...>>dunia dah terbalik

cklah...>> pakai kelambu kalau masuk sini.

TM...>> jangkit daripada ko la tu

Shifu...>>jgn nak cari penyakit.

intan...>> pegi la mintak sain otograp

hidet...>> tindakannya...umum senarai kematian je la

kuina...>>anak-anak yg ada sekarang diberi didikan yg secukupnya.

noorlara berkata...

betul betul betul, tersentuh babi boleh disamak tapi persentuhan yg membawa kepada perzinaan kalau tak taubat nasuha yg diterima Alah maka nerakalah tempatnya, nauzubillah min za lik

kirana berkata...

Aaaa..aaaahhhh la! Kirana pun baru perasan la. Dulu bila selsema burung, byk ayam2 dikorbankan. Nape tak dengar pun citer babi2 dikorbankan bila merebaknya selsema babi nih?

xiiinam berkata...

Salam...terima kasih atas doa yang dikirim...

Papa-Itam berkata...

terima kasih atas satu perkongsian ilmu,
ayat yang last tu pi tak tahan Rupa-rupanya sekarang ni babi lebih penting daripada bayi......

bagai sungguh seperti dikata tak kan beras ditepi gentang...orang besar tolong tengok sikit isu ini..satu malaysia katakan