Khamis, Julai 23

Tenangkan hati...



Jangan anda gelisah ketika mendapat kesusahan. Sesungguhnya kesusahan itu dapat menguatkan hati anda, membuat anda dapat merasakan nikmatnya sihat, akan membulatkan tekad anda, akan mengangkat kedudukan anda, dan akan menampakkan kesabaran anda.


Apabila anda berada pada waktu pagi,jangan menunggu datangnya waktu petang.
Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahlah seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik pada hari ini..

Janganlah marah, kerana marah hanya akan merosakkan jiwa anda, mengubah budi pekerti, memburukkan pergaulan,menghancurkan kasih sayang, dan memutuskan tali silatullrahim.


Apa yg telah berlalu, biarlah ia berlalu,
Dan yang telah pergi, biarlah binasa.
Jangan anda fikirkan apa yang telah berlalu,kerana ia telah pergi dan lenyap....

Kehidupan harus diteruskan......

sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

19 ulasan:

Teja berkata...

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari... semoga tabah menepuh dugaan.

LiNda berkata...

Yup ! saya setuju semuanya
buat penenang jiwa dikala ini..
bersama iringan lagu
"Suratan atau Kebetulan"
meninggalkan kesan yg mendalam
namun hati terubat diakhir kata..
sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya !

Tirana berkata...

Alamak cutenya baby tu...hehehe...Malam-malam macam ni baca kata2 perangsang seperti di atas tu membuatkan semakin bersemangat..hehehe..terimakasih kerana menceriakan hari saya...

Shifu67 berkata...

semenjak dua menjak ni... bermadah-madah je ni... kat gunung hujan ke panas

ku tak sempurna berkata...

famili itik tu cuba masuk bawah lori ke apa??

hillsss... not everything end well... hati2 itik2 semua...

Sis-Lin berkata...

masuk2 je gelak tgk wajah baby tu..hehehe

gelisah akan dtg dn pergi..
susah akan dtg senang jika di hargai..
marah kalo bersabar pasti di senangi..
tp masa...akan berlau dan takkn undur kembali...huhuhu

ONE ZABA berkata...

teja...>> aku tabah je...sebab, aku bukan kesah pun.

Linda...>>hati masak kicap pun sodap gak...

Tirana...>>semoga keceriaan itu berpanjangan. jgn lupa basuh kaki nak tido tu.

Shifu...>> aku ni bukannya pandai bermadah. aku cilok org punya je tu. pastu ubahsuai sikit. sesuai ngan yg hari-hari hujan ni.

kts...>> ko pun hati-hati gak tau... nanti makan hati.

Lin...>>kita semakin tua....

teja berkata...

ye la, alhamdulillah kerana kau tabah orgnye...

~Insan Biasa~ berkata...

tima kasih ....tersemat sudah disanubari...segala kata yang diberi...chewwahhh...heheh

reen berkata...

salam..
resah..gelisah mnjadi satu...
gud info!!tq bro!!

ONE ZABA berkata...

teja...>> ya betui la tu.

anis...>>kenang daku dalam doamu..chewahhh..ahakkk!!!

reen...>> bukan aku yg cakap tu...

su berkata...

mmg mendalam ayat2 tuh...

huhu....

kuIna LadyInRed berkata...

kehidupan perlu diteruskan..

jangan pandang belakang

jangan lupa bernafas...

ONE ZABA berkata...

su...>> dalam lagi sungai pahang

kuina...>> jgn lupa gosok gigi

xiiinam berkata...

Err..comel itik tu...

ONE ZABA berkata...

cklah...>> ko la satu-satunya yg nampak itik tu comey. terlebih makan obat kut tu.

Yunus Badawi berkata...

ada ketika kita merasa hidup kita dihimpit dari semua penjuru. Di kala itulah keluarga dan kawan menjadi sandaran di samping kata2 semangat spt yg ko tulis ni.

ONE ZABA berkata...

YB...>> jgn dihimpit utang keliling pinggang udah la.

Tanpa Nama berkata...

valium 10mg valium or diazepam - much do valium cost