Sabtu, Julai 4

Renungan hujung minggu

Assalamu'alaikum wrt..wbt.



Sesuatu yang amat baik untuk direnungi.



********



SILATURAHIM memberi pengaruh besar dalam kehidupan. Rugilah orang tidak menjaga hubungan itu, terutama di kalangan mereka yang paling hampir, seperti ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.

Jiran misalnya bukan saja golongan yang paling hampir dengan kita apatah lagi jika kita hidup sebatang kara, bahkan jiran adalah orang paling layak menegur dan memberi nasihat.

Rasulullah s.a.w menjelaskan mengenai ancaman orang yang menyebabkan jiran tetangganya tidak aman tenteram melalui sabda baginda bermaksud:

"Tidak akan masuk syurga seorang yang jiran tetangganya tidak aman daripada kejahatannya. " (Riwayat Muslim).

Silaturahim yang dipupuk dari diri sendiri, membawa kepada ikatan kekeluargaan seterusnya diamalkan dalam hidup bermasyarakat mempunyai banyak kebaikan di dunia dan akhirat.

Pernah diriwayatkan, mengenai rumah yang tidak dimasuki syaitan. Antara rumah yang dibenci oleh syaitan ialah rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim, menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya.

Selain itu, rumah yang penghuninya terdiri dari pasangan soleh dan solehah serta saling faham memahami dan bertolak ansur, malah suka memaafkan orang lain serta rumah yang sentiasa dipenuhi dengan ucapan salam dan meminta izin.

Rumah sebegini yang dipenuhi dengan amalan mulia, akan memupuk ikatan silaturahim berpanjangan.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diisrakkan.. ."

Antara mimpi Rasullullah itu ialah baginda melihat seorang dari umatnya didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya. Namun, perbuatan malaikat itu terhalang oleh ketaatan dan kepatuhan umat terbabit kepada kedua ibu bapanya.

Baginda juga bermimpi umatnya cuba untuk berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidak membalas bicaranya. Namun, sifat silaturahim dan tidak suka bermusuh-musuhan umat itu menyebabkan golongan mukmin itu menyambut, malah membalas bicaranya.

Untuk menjalinkan silaturahim bukanlah sukar, apatah lagi dengan kemudahan dan kecanggihan teknologi perhubungan terkini yang membolehkan silaturahim dijalin lebih erat, lebih mantap dan kukuh.

Penggunaan telefon bimbit, emel, sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya banyak membantu untuk bertanya khabar dan mengekalkan silaturahim sesama kita.

Bukan itu sahaja, jarak perjalanan untuk mengunjungi ibu bapa dan sanak saudara boleh dipendekkan dengan sistem pengangkutan yang baik seperti kapal terbang, komuter, LRT dan kereta.

Malah, sistem jalan raya juga bertambah baik dengan pembinaan lebuh raya yang mampu memendekkan masa dan tenaga. Bukankah zaman serba moden seperti ini sepatutnya mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia wujud?

Apa yang penting keinginan untuk bersilaturahim diwujudkan oleh sifat diri manusia yang tidak sombong, suka bersedekah, ikhlas dalam setiap perkara, saling kunjung mengunjungi terutama apabila ada kematian, majlis perkahwinan atau ketika sanak saudara dilanda musibah.

Apabila silaturahim antara keluarga dan masyarakat dijaga dengan baik dan utuh, negara juga akan menerima tempiasnya.

Tempias yang baik itu merangkumi ikatan silaturahim yang membentuk pengukuhan dari aspek ekonomi, politik, agama dan sosial.

Ikatan silaturrahim tidak terhenti setakat itu sahaja, malah berlangsung sehingga ke akhir hayat sehingga menjadi perhitungan di akhirat kelak.


Renungilah.. .

20 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih dan syukur kerana kita berhubungan ....

Yunus Badawi berkata...

Guna blog pun boleh menghubungkan silaturahim kan ustaz One Zaba? hehehe

Rozita berkata...

ye, jaga lah hubungan silaturahim sesama kita, blogger...
jgn lupa juga jiran tetangga
slmt berhujung minggu

arryani berkata...

Ye la One... Kena berbaik2 apa..tak kira sape pun..Sape kita tanpa org2 lain..

Dan untuk menjalinkan silaturrahim itu dengan lebih erat lagi, ko jadik besan aku dah la One..Anak aku yg sorang tu belum ada org book lagik

Tirana berkata...

One...

Saya bertanya khabar dan merapatkan silaturahim melalui blog ni kira ok la kan..hehehe..

Chekgu BaniHassim berkata...

aku pun nk tanye kabar ustaz one yang jauh nun atas gunung ni laa...

ustaz ape habaq?

xiiinam berkata...

...aku sedang merenung....









mencerna dan menghazam tulisan kau...

ONE ZABA berkata...

anis...>> terima kasih juga kerna sudi menjadi sahabat

YB...>>ya betoi tu...ustad kah aku????

rozita...>>slm berhujung minggu juga buat di sana.

yan...>>aku sudi je jadi besan ko tu. tapi barang harus diingat... anak aku yg tua tu dah umur 14. tak kan nak jodoh ngan yg itu kan. maka jodohkan la dengan yg no 2 tu. tapi langkah bendul la pulak. tapi aku tak kisah bab-bab langkah bendul ni. asalkan ko bagi toyota wish sebiji...kira langsai la!!!
amacam......

Tirana...>> kira lulus la tu...diterima.

CBH...>> ana ok je!!! uuhuuu, nak demam aku bila ko panggil ustad...macam baru lepas masuk jawi je..hehh...hehhh!!

cklah...>> jgn sampai terkentut-kentut udah la...

kirana berkata...

Assalamualaikum.... tuan umah! Kirana dtg nak bersilaturahim nih! Sediakan kopi panas secawan. Amboi.. meriah je rumah OneZaba nih. Ada kenduri ke?

kakchik berkata...

assalamualaikum one z. terima kasih banyak atas perkongsian kali ini. kakchik cukup suka membacanya. alhamdulillah peringatan sebegini amat baik sekali untuk dihayati dan diamalkan.

GURU_CIKGU berkata...

Assalamualaikum......Ada orang tak?
>
>
>
Bertuahnya insan yang sentiasa menjaga silaturahim.

ONE ZABA berkata...

kirana...>> kopi panas tak ada la kirana. tapi teh stoberi panas ada la. hari-hari kenduri sini.

kakchik...>>yg baik elokla dikongsi bersama.

Guru...>> ada...dok rehat nonton ngan anak-anak.

arryani berkata...

One,

sungguh tinggi keinginan ko tu..
Sampai toyota Wish..
Aku sndiri naik teksi jek!!aaaahahaha

kuIna LadyInRed berkata...

silatulrahim tak ada sempadan... wlupun di alam maya.

lapar stoberi la... hantar la sebakul...

noorlara berkata...

masalah silaturrahim bukan masalah kecil, duduk berjiran kekadang sebulan tak jumpa walau rumah sebelah jek, sedih sungguh bila budaya nenek moyang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing semakin pupus

Precious berkata...

Sentiasa senyum bila jumpa orang dan gunakan kemudahan telefon sepenuhnya ...

@xiM berkata...

TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI..

:)

DUN Behrang 2020 berkata...

renung2 kat pasar malam ujung minggu boley?

Apapun perkongsian yg menarik bro!

arsaili berkata...

salam...ni la datang nak bertanya khabar? sihat ker bro...lama tak ke mari..sibuk banget..ehehe

ONE ZABA berkata...

yan...>>wokeh la...aku bagi diskaun la. exora cukup la.

kuina...>>nak hantar stoberi takut tak dan dimakan je kuina..cair. kalau nak..mai sini la.

noorlara...>>bukan budaya tu yg pupus...kita yg mempupuskannya.

precious...>>senyum berpada-pada

@xim...>>terima kasih kembali kerana sudi mengongsi.

dun...>>renung-renung tengok pelancong kena sembelih kat pasar malam

arsaili...>>tak pa...jauh perjalanan. lambat sampai.