Selasa, Julai 14

Nak cakap ke tak!!!

Beza suka dan cinta

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Kalau kita pandang wajah orang yang kita cinta. muka akan berkerut.
Kalau kita pandang wajah orang yang kita suka, pasti kita jadi
serba salah samada nak bagitau atau tidak.
Mana taknya.. ada taik hidung tersembul kat lubang hidung.

Moralnya... tengok lubang hidung dulu sebelum pergi kerja.

Hampeh betul kawan aku tu....


Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

15 ulasan:

arryani berkata...

Sejak bila ko suka tgk taik idung org nih!!

Tgk ar benda lain...

arryani berkata...

Lupa nak sound..

umah ko lawa la...

bekonan den...

Sis-Lin berkata...

wakakah...lawak sgguh..betul jgk,kang ckp salah x ckp lg serba salah,padahal cuma taik hidung je tuh..hahahaha

Tirana berkata...

Itu bezanya antara orang yang kita suka dengan orang yang kita cinta...hehehe.. Lepas ni kerana teliti betul2..

p/s lawa blog one ni..rajin tukar layout ye..

Shifu67 berkata...

mula2 baca.... punya la teruja dengan keindahan bahasa... tapi yg last sekali... geli leee... :)

hari2 kena tengok hidung ni... hehehe

EMC119 berkata...

hambo nak ghoyak...bukan nak cakap...

kuIna berkata...

ada beza no....
tp taik idung lagi berbeza

ku tak sempurna berkata...

wakakaka...
adoiiiilaaaa..

.
.
.
cermin2kan diri anda... hihihi



psssttt... awal cat rumah.. raya lambat lg.. :D

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

tego x???

lawa la layout...

seyes cantik..

err lawa=cantik kan??

DUN Behrang 2020 berkata...

Lawo le 'seluo' ko ni bro....beli kat Tesco X-tra ker?

julietchun berkata...

moral of the story : sebelum keluar rumah pastikan segalanya dlm keadaan sempurna dari hujung kaki hingga ke hujung kepala,hehehehe.

arsaili berkata...

salam..iskkk yg akhir tu anticlimax plak..ahahahaha

sonata anak kancil berkata...

woow...umah hang guna kain ke???kalau tertetas benang, habislah...

bagi aku - aku cinta & aku suka...jadi semua yang ko beritahu tu, aku boleh guna....termasuklah memberitahu tentang **** idung!he3x

Rozita berkata...

eh..cantik nya suar jin

ONE ZABA berkata...

huh... ini satu contoh!!!

kecantikan dapat menutup kelemahan. aku cerita bab taik hidung...tapi bab rumah aku yg lawa ni pulak yg jadi perhatian.

apa pun...terima kasih atas semua perhatian dan pujian. jgn lupa tengok cermin tau!!!