Ahad, Julai 19

Mansuh UPSR!!


Cadangan mansuh UPSR

Berita hari ini.....

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu dimansuhkan kerana ia didapati tidak fokus kepada pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran.


Antara isi kandungan cadangan ini :


UPSR menjadi medium persaingan murid-murid untuk memasuki sekolah berasrama penuh dengan hanya menumpukan kepada lima mata pelajaran.


UPSR yang tidak lagi relevan pada masa ini dimansuhkan.


Murid-murid sepatutnya menumpukan kepada semua mata pelajaran termasuk Sejarah yang dianggap penting pada masa kini.


UPSR hanya menumpukan pada mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.


Generasi muda yang kurang pengetahuan dalam sejarah dan agama.


Penumpuan murid-murid daripada terlalu mengejar tempat di sekolah berasrama penuh kepada mempelajari dan menguasai kesemua mata pelajaran.


Katanya, tidak semestinya sekolah berasrama penuh boleh melahirkan pelajar terbaik sebaliknya terdapat banyak sekolah biasa yang telah terbukti mampu mencatat pencapaian lebih cemerlang.


Dicadangkan agar kerajaan memilih pelajar terbaik dari setiap sekolah di seluruh negara untuk memasuki asrama penuh kerana kaedah itu lebih adil.




Apa pendapat kalian !!!!!!




15 ulasan:

imanshah berkata...

Salam, saya seorang guru di asrama penuh..Sememangnya saya bersetuju kerana kebanyakan yang masuk ke SBP ada yang tidak berkualiti..Kokurikulum pun tak masuk, akademik pun kurang cemerlang..Maka tugas guru2 lah yang siang malam akan memastikan mereka cemerlang..Jangan terkejut kalau ada pelajar SBP yang gagal dalam SPM..Kenapa ya?? Sebabnya mereka dapat 5A dalam UPSR kerana tuisyen!!!sedangkan kualiti tak ada..

Yunus Badawi berkata...

Kalau mansuh UPSR tak lakulah tusyen utk darjah 6. Miss sorulah guru2 tusyen dan pusat tusyen hehehe

mawar berkata...

'pendapat'an aku kurang la bulan ni, tk dpt aku nk joli...adeiii!

lillies berkata...

salam...
sememangnya saya bersetuju supaya memansuhkan UPSR...cuba guna kaedah baru iaitu kita gunakan bakat yang murid-murid ada dan kembangkan bakat diorang..setakat ini baru ade beberapa je sekolah seni yg melibatkan kanak2 sekolah rendah...

bebudak ni banyak menghafal sebenarrnye daripada mempraktikkan ape yg dipelajari...
so, kementerian pelajaran kena la kaji semula sistem pendidikan sekarang yang lebih banyak mengarut daripada yang membantu murid2 ni..

Tirana berkata...

mansuhkan upsr tapi mungkin boleh buat penilaian lain untuk pilih student yang akan ke asrama penuh. penilaian yang tidak hanya tertumpu pada akedemik semata-mata..masukkan semua sekali dari segi sikap dan sahsiah pelajar..pengetahuan di bidang fardhu ain dan juga aktif secara fizikal dalam bidang sukan.

sonata anak kancil berkata...

adakan cara assessment yang terbaik untuk memilih anak2 ke SBP/MRSM - semoga dengan cara ini dapat murid yang benar2 berkualiti...bukan sj dari segi akademik,malahan jugak kokurikulumnya...hahah baru tau kan?

- jinggo - berkata...

saya amat setuju dengan berita ni - secara praktikalnya saya tgk makayah hari berlumba2 - untuk meletakkan A diatas segala......
sedangkan berdasarkan kajian kita memfokuskan 90 % di sistem pendidikan untuk hanya 15 % kemahuan dunia hari ini......

85 % adalah kemahiran.

Sis-Lin berkata...

ermm mcm x setuju plk,sbb di UPSR la yg dpt menentukan tahap prestasi murid2 utk ke peringkat tingkatan menengah tu, tp kalu ada cara lain, yg boleh di praktikkan dn boleh pakai..ok le setuju jgk la...

Dr.Araz berkata...

mansuh ka tak ka aku tak kira yang penting pelajar sekarang kena bagi perhatian kat akhlak. teruk bebenor dah bebudak sekarang ni asyik pulun cari A ja perangai outttttt.t.....

LiNda berkata...

wah.. rasanya perkara ini pernah dibangkitkan 2 thn lalu . Pastu dikaji semula mengikut kesesuaian dan keperluan murid2 masakini .

Saya setuju Subjek Sejarah & Agama dikemaskini serta diperkuatkan kerana pelajar sekarang makin kurang JATI DIRI . Menjadikan mereka sangat PELUPA .. MEMANG PELUPA DAN AKAN LUPA pada sahsiah bangsa sendiri .

~ okeh . itu sahaja ~

arryani berkata...

One,

kalo akulah ...

Aku stuju UPSR dimansuhkan..sebab, tak mmbntuk sahsiah diri sangat.. Yang ada hanya mahukan murid cenderung berlumba2 nak kejar ke sekolah asrama yg dorang anggap popular..

Bab jati diri dah tolak ke tepi, 'asalkan aku berjaya ke sana..'

Budak2 besar ni yg kita kena binakan jati diri yg cemerlang..

Kalo dah besor panjang tu...dah susah nak lentur..

Sekian, pendapat akak K...

Rozita berkata...

emmm tak tau la nak komen..
mansuh kan je la..

ONE ZABA berkata...

imanshah...>> selamat datang diucapkan. terima kasih sudi bagi pendapat. sokong 101 persen atas pendapat itu...kerana aku lah salh sorang guru tuisen itu...ahaakkk!!!

YB...>>aku la tu....uuhuuuu!!!!


pendapat aku pulak.....

UPSR harus diteruskan...kalau tak ada UPSR ni maka tak berseri le sekolah.

kuIna berkata...

errrrkkkk moga dikaji & diselidik sehingga akar umbi...

tp klu kat seklh rendh tak ada periksa mcm nie, mcm mana nk ukur tahap prestasi mereka.

jika Sejarah & Agama jd alasan knada tak dikemaskini sistem yg ada.

DUN Behrang 2020 berkata...

Ishhh...baru je nk bukak kelas tuisyen bro...nk cari duit lebih...ulang alik byk pakai duit oooo!!!