Jumaat, Julai 17

Begitulah hakikatnya.....

Photobucket


1. Manusia boleh menipu orang lain tetapi mereka tidak boleh menipu diri sendiri. Itu adalah hakikat kejadian manusia.


2. Hatinya jujur pada dirinya sendiri walaupun tidak jujur pada orang lain.


3. Namun ini bukan bermaksud orang itu bersifat negatif kerana kadang kala manusia menghadapi dilema yang tidak dilalui manusia lain.


4. Oleh itu, masakan sesetengah manusia boleh menuduh sesetengah yang lain itu tidak jujur sedangkan mereka tidak mengalami dilema yang sama.


5. Kejujuran bagi seseorang manusia adalah apabila dia berlaku tidak zalim terhadap dirinya.


6. Namun sekiranya dia berlaku zalim terhadap orang lain adakah dia tidak jujur? Tidak semestinya kerana kejujurannya menzalimi orang lain dilakukan terang-terangan. Bermaksud, dia tidak berpura-pura.


7. Walaupun dia zalim, namun sekurang-kurangnya dia seorang yang jujur.


8. Menjadi manusia, adakah kejujuran yang dituntut melebihi kezaliman atau kadangkala boleh berlaku zalim demi kejujuran?


9. Namun yang paling ditakuti adalah tidak jujur dan zalim, berlaku pada dua masa yang serentak bagi seorang manusia.


10. Ia adalah apabila manusia itu tertipu dengan dirinya sendiri, tanpa dia sedari, lantas dia telah menzalimi dirinya sendiri.


11. Zalim adalah meletakkan sesuatu tidak pada haknya.


12. Hak yang sebenar adalah, manusia boleh ditipu orang lain namun jangan tertipu dengan diri sendiri.


13. Itu adalah hakikat kejadian manusia.

entah ya...entah tidak pendapat orang ni!!!!!!!

11 ulasan:

Mama Danish berkata...

kuangkuang...lawaksss akhhhh...

Tirana berkata...

Suka tengok gambo yang paling bawah tu..hehehe

ummi humaira berkata...

mAsA aLaH...he he gambar bawah tu bagai pinang dibelah 4

Yunus Badawi berkata...

Secara jujur aku nak beritahu ko telah menzalimi aku kerana membuat aku konfius huhuhu

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

slm sdra one..
smga broleh rhmat-NYA..

'cantik' kata2 hikmah tu..
akan sy copy utk manfaat anak didik (ikut kesesuaian)..

kdua2 foto amat mnarik..
mampu mcuit hati..
:D

arryani berkata...

Wachaaa...

dah berapa kali aku nak komen tak dapat!! Masuk ni dah berbelas kali...

Zalim....

zalim...

zalim..

keliwoon apa yg ko upah jaga blog ko nih!!

Apapun, ko lagik zalim paksa org botak tu pose seumpama itu!!

macam lucu dan lucah...aaahaha

~Insan Biasa~ berkata...

hahahah wakakakka senyum jek la sowang2 dapan laptop nih..

DUN Behrang 2020 berkata...

Mula2 aku keliru gaks...sapalah posing 'maut' tu...nasib bukan ko bro!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

pic bawah tu

ingatkan En ONE Z tadi...

jujur cakap

hehehe...

Shifu67 berkata...

bab jujur... zalim dan sebagainya semuanya fitrah kehidupan selagi ada nafsu....

tapi gambar kat bawah tu boleh tutup nafsu.... ngeh3x

ONE ZABA berkata...

buat semua pengomen....

sekadar hiasan je tu...