Khamis, Jun 18

Action Song


Setelah dekat dua bulan berlatih tiap petang. Pakaian pun kena beli sendiri semuanya, semalam anak aku, Dhia dan kawan-kawannya ambil bahagian dalam pertandingan "Action Song" sempena Karnival Koakademik Bahasa Inggeris peringkat daerah.

Sebanyak 13 buah sekolah mengambil bahagian. Persaingan agak sengit jugak. Macam-macam gaya ada. Yang ambik bahagian semuanya murid tahun 1 & 2 saja. Dan keputusannya anak aku dan kawan-kawannya tidak menang. Dalam erti kata lain, tak dapat hadiah la.

Budak-budak ni, kalau tak dapat hadiah tu kira dah sedih yak amat la. Leleh gak la air mata anak aku tu. Dia cakap diorang kalah kerana persembahan pasukan diorang tu tak ada muzik iringan. Pasukan lain semua ada muzik iringan. Apasal lak pasukan diorang ni tak ada muzik????Masa berlatih aku tengok ada muzik. Masa pertandingan tak ada muzik pulak. Ntah la... aku pun tak faham bab-bab ni.

Untuk mengubat kesedihan anak aku tu, terpaksa la bawak dia makan kat KFC. Baru la nampak ceria sikit. Balik rumah ngadu kat maknya pulak. Nangis lagi. Haiya....susah la ini macam. Nasib baik lepas dia terus tido. Bangun tido tak ingat dah bab-bab kalah tu. Legaaaaa!!!!!!

12 ulasan:

Tirana berkata...

Kesianlah pulak. Sekurang2nya pihak yang menganjur pertandingan tu..buat la hadiah saguhati supaya semua yang bertanding dapat..tak la rasa kempunan sangat..tapi comel la budak2 tu..

julietchun berkata...

comeynya,mau bebudak tu tak mkn sbb bibir merah menyala,kekekeke. fruz kalo tak dpt hadiah. muzik iringan tu pegi mana?

Teja berkata...

ala ciannye... tkpe2, len kali cuba lg...

arryani berkata...

Dah la baju kna bli sendiri...ngeh3X...Kalah plak tu..Aku kalo ygk bebudak nangis, aku pun nangis sekalik...siap aku plak yg lebih2 nnti... Budak tu tak apa-apa, aku plak sedu sedan...

Seb baik ko tak letak gmbo anak ko tgh nanges...

Yunus Badawi berkata...

Tengok dari pakaian dan aksesori mmg pasukan anak ko boleh menang. Mungkin cikgu mereka tertinggal cd muzik tu. Kesian budak2 tu.

Haikal hari tu dari wisel dgn topi aku dah sound. Nasib menang.

~Insan Biasa~ berkata...

memang sedih setelah bertungkus lumus tapi nasib tak menyebelahi nak wat camne....at least dia belajar dan tahu erti gagal....insya'allah lain kali cuba lagi, menang la tu...

sonata anak kancil berkata...

kot ye pun...pihak penganjur sediakan juga hadiah sagu hati....biarlah semua dapat...fahamlah budak2 kecik ni - asalkan dapat sesuatu pun dah cukup bagus... kecik2 hadiah pun tak kisahlah!

.: mama cute :. berkata...

jgn risau.. pihak penganjur mmg tak pernah nk sediakan hadiah saguhati..jimat bajet.. haha..

my school got the 4th place.. alasan amat mudah..
1. skola kg lawan skola kluster dan skola elit.. mana leh beb.. skola kg dok bawah ler..bias sentiasa ada di mana2..nk2 kalau judge tu dalam daerah sama.. wtf eh..

2. judges tak tengok umur para peserta.. skola elit guna budak yr four.. which is totally langgar undang2 yg menyatakan hanya budak tahap 1 aje yang boleh masuk ini pertandingan.. lagi sakit ati kan

btw muzik takde maybe masa berlatih muzik tu ada suara kot.. sbb muzik kena minus one.. apa pon.. usaha lagi taun depan.. baju kena bagi seragam beb.. skola kami guna kain langsir wat baju.. refer kat blog kami ye.. hehehe..seb bek kerani skola cekap menjahit.. habis dlm rm250 utk aksesori/recording lagu dsb.. kami record balik lagu kat studio which cost us rm50 (pegi 2 kali sbb lagu pertama tak cukup 7 minit) hahaha..

kami plan nak start berlatih action song ujung taun ni lepas final exam.. tak puas ati kalah..ahhaha

ujie berkata...

ish..ish..ish..kecian dia.x patut..mmg x patut..patut ye sediakan la hadiah saguhati ke apa ke...baru la semangat budak2 tu nak join lain kali..

tak pe ye dhia..kang cik ujie bagi hadiah ek he3...

noorlara berkata...

alangkah berbahagia nak-nak jika ibubapa sentiasa disisi terutama tika mereka berpeluang menunjukkan bakat didepan umum. tahniah onez, semoga anak saudara bakal mencorak masa depan malaysia yg cemerlang

noorlara berkata...

Selamat Hari Bapa!

ONE ZABA berkata...

Tirana...sonata...ujie..>> penganjur tu PPD le...kedekut.

Julietchun...>> muzik tak sempat nak edit...kata cikgu dia la.

Teja...>> tawun depan tak masuk dah.

Yan...>>Tak dan nak ambik gamba di nanges. asyik pujuk je.

YB...>> Bukan tertinggal..tak siap pun muzik tu. hampehhh!!!

Anis... harap-harap gitu la. tapi acara lain pulak la.

mama cute...>> adat la pertandingan subjektif ni. hakim pun subjektif jugak. kat sini kalau selagi org C*** ngan org i**** yg jadi hakim,jgn harapla org kita nak menang.

Noorlara...>> anak-anak..gitu la. makasih atas ucapan.