Ahad, Mei 3

Tamu dari Melaka


Sempena cuti Hari Pekerja Jumaat baru ni aku menerima tetamu dari Melaka.
Selama ni hanya berhubung di alam maya sahaja. Kali ni bertemu di alam nyata.
Tetamu yang aku maksudkan ialah Sonata tuan punya rumah asam garam kehidupan.
Datang bersama anak seorang anak lelaki dan dua anak perempuannya.
Tetapi foto atas ni terpaksa di kelabuasapkan atas dasar keselamatan negeri Hang Tuah. Bimbang nanti Hang Jebat mengamuk semula.
Antara buah tangan yang dibawa oleh Sonata. Sehingga kini, semua tu dah licin.
Tu, Maisarah dapat hadiah beg sempena besday nya hari tu daripada Sonata.
Duk usung ke hulu ke hilir je beg tu. Senin suk nak bawak ke sekolah tu.
Nak tayang kat kengkawan.


Kepada Sonata...
Terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah 4 tingkat kami ni.
Terima kasih juga atas buah tangan yang di bawa.
Len kali datang lah lagi. Kita makan malam lagi.

18 ulasan:

arryani berkata...

Aku nak gak beg macam maisarah tu gak!!!Ada lagi ke? ...

-(cakap dalam hati nih- bila plak aku nak sampai rumah 4 tingkat ni eh.....?)

ku tak sempurna berkata...

nanti aku dtg, ko kelabu asapkan gak eh..

hikhikhik..


ko nak buah tangan apa??
buah kaki pun ada kat kl ni :D

azlanlin berkata...

Bila agaknya tuan rumah nak membalas kunjungan tu ek? Jom kita serang 'melaka'...jom, cuti sekolah udah nak dekat...

ONE ZABA berkata...

Yan...>> beg plastik isi ketam ada lagi tu. mai la ambik.

kts...>> bukan takat kelabuasapkan... ko tu aku asapkan jadi buah hati ku terus.

azlanlin...>>ada rezeki suk , sampai la kami ke sana. moh kita buat heboh kat sana.

sonata anak kancil berkata...

Salam. Alamak OneZ...ko ni lebih2 la....mana aku nak tutup mukaku ni!!!
Nasib baik dah dikelabuasapkan...
kalau tak 1 dunia tau oiii....

Anyway, thanks a lot to OneZ n family, sape2 nak ke CH, contactlah OneZ ni...Seronok kami bercerita - macamana kat sini,begitu mesranya OneZ ni, hah begitulah reality nya! ( promote suruh gi CH )

OneZ: anak I kata - sedaplah sup wantan! semua sedaplah....InsyaAllah akan datang lagi.

Buat kunjungan balas lak. Datang jangan tak datang....

ONE ZABA berkata...

sonata...>> panjang umur, panjang highway, pasti kita ketemu lagi.

Shifu67 berkata...

apasal gambar dah dikelabu asapkan.... ada rahsia besar ke ni... ke sonata lari dari rumah..... hahaha

Yunus Badawi berkata...

macam ni aku pun nak naik gunung jugaklah melawat ko. Bukan mee aje ko kena buat sampai satu tan, makanan lain pun macam tu jugak sbb treler aku panjang hehehe

kuIna LadyInRed berkata...

amboi coti2 ada edisi perjumpaan blogger yer..

baru teringt nak kongsi jajan tu dah licin...

DUN Behrang 2020 berkata...

Uiksss...tgk tu...org bawah dok panjat gunung tu...atas nama persahabatan...org atas kena la turun lak lps nih...cuti pun dah dekat...

"tak aci" tul la main kelabu2 asap nih...

za berkata...

bestnye dpt jumpa rakan blog... sonok sarah dpt hadiah erk, huhu....

sonata anak kancil berkata...

Rakan bloggers: biar saya tolong respon bagi pihak OneZ sebab dia gi Kuantan - meeting! Tak pe kak Orkid ye...dah tugas nak wat cam na -

Shifu67: rahsia? saya pemalu!!!

YB: brp pjg treler pun OneZ boleh sediakan, tepon je dia....

Kulna: lama dah kami rancang! he he he....

Dun Behrang: apa lak tak aci, nak tau sape saya? moh ke melaka, he he....

Za: memang best!


OneZ: ok tak , aku tolong tulis ...


apa2 pun rakan semua - ada ruang dan peluang, mari kita buat gathering kat CH....kasi gempaq OneZ...

INTAN berkata...

gader kat CH?...vah!!! suka suka!!

theconfused berkata...

uiii.. syoknya kerepek... adeii.. rasa lapolaaa

izman berkata...

bestnya jumpa kawan2 blogger ye.

salam singgah

LotsOfLove-Pearls berkata...

Bestnyer dapat hadiah....

nak jugak ar...

nak ajak kak arryani dtg jumpa bro..

huhu...

gmbr2 pun leh dikelabuasapkan..

huhu..

noorlara berkata...

org Melaka memang pemurah pe (ibu lara org melaka, bapa Johor). Org berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa, ermmm sedapnyeeee mintak cikit

ONE ZABA berkata...

mari..mari...mariiiiii!!!! sapa sudi, naik la sini.