Ahad, April 12

Orang Perak datang melawat


Semalam, ofisku menerima kunjungan guru-guru dan pengawas pusat sumber sekolah dari kelompok Hutan Melintang,Perak. Ramai....85 orang semuanya. Datang belajar sambil makan angin. Ofis aku ni selalu je ada tetamu datang melawat. Dah ada datang melawat, kena la bagi taklimat pulak. Kena la cerita serba sedikit hal-hal yang berkaitan. Goreng je lebih.

Rombongan diketuai oleh Pn. Noriah Arshad dari SK Simpang Empat. Ditemani oleh sahabat sealiran dgn aku, Pn. Fairuziah Ghazali , PKG Chenderung Balai. Selain SKSE, sekolah yang turut serta terdiri daripada SK Teluk Buluh, SK Sultan Idris II, SK Tanjung Bayan, SK Sungai Pulau dan SK Convent.
Ofis aku tu kecik je, tak boleh ramai-ramai masuk. Dan tak boleh lama-lama. Sesak nanti. Jalan mudahnya, bawak la diorang tu lawat PSS contoh kat sini. Bawak diorang gi lawat PSS SK Convent sini pulak. Biar pihak sekolah pulak layan diorang ni. Selamat akuuuuu!!!


Adat la tetamu, mesti dijamu. Makan tengah hari. Makan tengah hari ni ofis aku yang taja. Rezeki tetamu. Buat kengkawan di luar sana, mai la lawat ofis aku. Buat la konon-konon nak lawat ofis aku ni. Sekurang-kurangnya lepas makan tengahari. Ambik gambar sekeping dua, cerita-cerita sikit, lepas tu boleh la pegi makan angin dan shoping kubis ngan strawberi.

Aku rasa diorang mesti kenal dengan ciklah @http://xiiinam751.blogspot.com
Orang jajahan ciklah rasanya diorang ni.

Yuhuuu, ciklah!!! Kenal tak diorang ni??? Jgn buat tak kenal pulak.

16 ulasan:

xiiinam berkata...

Hik...hik...hik....
Semua aku TAK kenal. TAK kenal! Tak...tak...Kak Fairuziah tu, ari tu dtg rumah aku pujuk aku beli koset 'Beuty'...aku tak nak, sebab aku dah ramping!!...hi...hi...hi...
Kak Noriah tu, tekong bola jaring daerah...hik...hik...hik....
Sek Keb Kg Sg Pulau tu, pagarnya bersempadan dengan Tanah Kebun Sawit suami aku.....tak caya tanya diorang. Bebudak sekolah tu selalu sebat buah rambutan dan pelam kat tanah suami aku tu...hi..hi..budak lelaki bercermin mata bersongkok pakai baju merah tu....macam biaseee je aku dokong-dokong masa kecik...hi...TAK KENAL...TAh aku tak kenal...sapa tah tu muehehe

xiiinam berkata...

OKe. Yg tadi tu menjawab soalan ko.
Sekarang aku pulak nak komen. Nak bagi gak ayat dengki kaw-kaw punya.


Bro...aku dh clos-up gambar opis ko. Banyaknye sawang kat siling tu. Ko duduk-duduk kat opis tu....dedongakle ke atas bang!
Kalau datang le Menteri Pelajaran buat lawatan mengejut ni...haru
.
.
.
.
.
.
.
LAriiiiiiiiiiiiikkkk!

ONE ZABA berkata...

ciklah...>>kenal gak ko dgn diorang tu. mujur ngaku. aku tanya dah diorang... kenal tak dgn cikgu ramlah ngajar kat SM Convent. Semua org kenal ko tu. Tapi aku tanya itu je la.

ciklah... aku rasa ko tu rabun kut. itu bukan sawang la. itu awan larat. mana boleh buang.

Yunus Badawi berkata...

kalau saya nak lawat ofis cikgu boleh tak? Saya bukan org kerja KPM. Yg penting dpt makan free tu hehehe.

ku tak sempurna berkata...

amboi... melebar ko senyum... mentang2 cikgu pompuan... sengih memanjang...

ONE ZABA berkata...

YB...>>alaaa... kalau takat YB sefamili, mai makan nasi kat umah aku je. siang malam pun boleh.


KTS...>> itu nampak dari depan. kalau tengok ke belakang, ko akan nampak sengih aku tu bercantum kat tengkuk., siap ada simpul bunga lagi.

LotsOfLove-Pearls berkata...

Nak datang melawat jugak ar..
Dengan rombongan bloggers plak..
Boleh ker?
Nak ajak Sis Arryani skali..
huhu..

arryani berkata...

One

LOL,

akak dari dulu nak g sana. Tapi,One tak bagi...dia cakap, akak kuat makan. Takut kena belanja la tu..

theconfused berkata...

mula2 nak komen gambo sengih tuh.. tp ble tgk dorg makan, teruih rase sgt lapooooo........

julietchun berkata...

kalo gi sana sensorang bleh dapat makan free gak ke? kekeke.

DUN Behrang 2020 berkata...

Nak g sana gak la...tp x nak g pss contoh...nk g "opis" contoh lak...nk tgk contoh pengurusan suma benda...leh?

ONE ZABA berkata...

LOL, Yan, julietchun...>> datang dulu baru tau. kalau takat korang tu tak habisnya seperiuk nasik ngan sekor ayam.

theconfused...>> udah lapo tu, makan le. apa tunggu lagi.

Dun...>> dtg la kalau sudi. sama je ofis kita ni. kecik, besor je bezanya.

Shifu67 berkata...

PKG la ni dah jadi macam 'gajah putih'( tu yg banyak sawang tu kot... hehehe)... bajet dah kena potong... nak buat kursus utk cikgu pun tak mampu (kat sini la).... tak tau la kat sana

cklah mana kenal diorang semua tu....

ONE ZABA berkata...

Shifu...>> sama la tu. Bukan saja jadi gajah putih...ada kurap lak tu.

ujie berkata...

wa..sonok sakan ek.he3

kuIna Jentayutiara berkata...

part makan tu sy suka..