Khamis, Mac 26

Tag "its me...and always me"


Tag ni datangnya daripada lillies @its me...and always me @crazygeminigurl.blogspot.com. Tag ni dah pernah aku buat disini. Memandangkan tengah tak da bahan nak dimasukkan buat masa ni, maka aku buat jugak la sekali lagi tag ni. Tahun pun dah berubah, maka jawapan pun tentu tak sama.

1. Anda rasa anda hot?
mau nya tak...serba hot ni. musim tengah banyak kerja. nak marah sajala. orang beso-beso ni tau arah je.

2. Upload gamba kegemaran anda..

berendam jap...nak kurangkan hot

3. Kenapa anda suka gambar ini?
~ Kali pertama jejak kaki di Pulau Tioman. Tak sangka boleh berenang rupanya aku ni. Tak tenggelam pulak tu. Atas gunung ni bukan ada tempat nak berenang.

4. Bila kali terakhir makan pizza?
~ Ahad lepas...beli dekat pasar malam. Sedap jugak la.

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
~ Lagu UMNO...kan tengah perhimpunan UMNO ni. Sampai anak-anak aku pun dah hafal lagu tu.

6. Apakah yang sedang anda lakukan selain daripada selesaikan tag ini ?
~ Servis kamera....hari-hari kena buat rakaman sekarang ni. Tengah sibuk perabih aktiviti tahunan.

7. Tag lagi 6 orang dengan hati terbuka tanpa rasa kekesalan sila lakukan homework yer......
1- biarlah rahsia 1
2- biarlah rahsia 2
3- biarlah rahsia 3
4- biarlah rahsia 4
5- biarlah rahsia 5
6- biarlah rahsia 6

8. Sape no.1 kepada anda ?
~ Seorang sahabat yang tak pernah kutemui. Suara pun tak pernah dengar. Apatah lagi mukanya. Nanti kau.

9. Orang no.3 ada hubungan dengan sesiapa ?
~ Entah.... tapi yang pastinya anak kepada ibu bapanya.

10. Kata sesuatu berkenaan dengan orang no. 5 ?
~ Ko ni bila nak kawen daa.... asyik pergi kenduri kawen je.

11. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4 ?
~ Ini pun kenal dalam alam bunian ni je. Tapi ada la nampak wajahnya yang comey dlm blognya.

12. Siapakah orang no. 2 ?
~ Tak pernah bersua gak. Tapi yang pastinya dia bukan orang no. 2 dalam kabinet mahupun dalam hidup aku.

13. Bagi pesanan anda pada orang no. 6 - ?
~ Jangan lupa ganti pose tahun lepas. Bulan pose dah dekat ni ha.

Sesapa yang aku tag lepas ni, jgn nak ngelat lak.

12 ulasan:

Qaseh berkata...

sape2 gerangan rahsia tuh...tapi suka tgk gambar berenang tuh... bestnyer pandai berenang...

ku tak sempurna berkata...

yg pasti aku bukan dlm kelompok biarlah rahsia ko tu... kan.. kan

hik hik hik...

hot nya gambar tu... terpukau I...

muehehehehehehe

kuIna Jentayutiara berkata...

sya tak buka link tu.. so biarlah rahsia

INTAN berkata...

mak aih....menakutkan

Shifu67 berkata...

ko pakai pelampung memang la tak tenggelam.... tapi aku rasa ko ni dah boleh dijadikan pelampung ni... hehehe

arryani berkata...

Tak sabar nak komen nih...jap eh..ada hal...

Jap lg kita masuk balik...

eeeeiiii

Tak sabar nak komen...

xiiinam berkata...

aku macam nampak dugong lah kat sebelah ko tu

ONE ZABA berkata...

Qaseh...>> rahsia tetap rahsia. lepas ni nak nyelam lak.

kts...>>nanti la kau... tungguuuuu!!!

kuina...>> ya...biarlah rahsia sampai kesudah.

intan...>>laaa...apa lak yg menakutkan tu intan. takut kena tag ke.

shifu...>> tu la...hajat nak nyelam, tapi tak lepas-lepas. asyik timbul je. perut banyak angin.

yan...>> hai, macam nak kutuk sakan je tu.

ONE ZABA berkata...

cklah...>> aku sumpah ko jadi dugong baru tau. mulut aku ni masin je kalau makan asam masin.

Yunus Badawi berkata...

kat Lata Iskandar tu boleh berenang apa? Ko takut sejuk ke? Patutnya takde hal kan pasal ko tengah hot hehehe

hazlin berkata...

sapa pulak la yg 'biarlah rahsia' tu?
berenang kat tioman memang boleh terapung hehehe...

DUN A. RANI berkata...

Uiksss...gmbr renang tu baek nye posing...kalah maya karin bro!