Selasa, Mac 31

Begitulah takdirnya

Semalam seorang bekas anak murid aku semasa di sekolah rendah terlibat dalam kemalangan maut. Berlaku berhampiran sini juga. Mengikut cerita, arwah yang memandu kereta, cuba memotong sebuah kereta di selekoh lalu bertembung dengan sebuah lori.
Keadaannya parah, meninggal dunia di hospital.
Sedih dan pilu menimpa kedua ibu bapanya atas kehilangannya. Apatah lagi ,itulah satu-satunya waris mereka. Kami yang pernah mengajarnya juga berasa amat terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa. Masih aku ingat lagi akan dirinya. Seorang pelajar dan pengawas sekolah yang amat berbudi bahasa , amat menghormati guru, rajin serta punya akal yang tajam. Berbadan besar, wakil dalam acara lontar peluru peringkat daerah.
Namun, Allah lebih menyayanginya. Pergi menyahut panggilan Ilahi sewaktu berumur lingkungan awal 20an.
Al-fatihah buat arwah Hanapiah. Semoga ditempatkan di kalangan yang mendapat kerahmatanNya.

20 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

takziah kepada keluarga arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Al-fatihah.

INTAN berkata...

alfatihah dan takziah utk family beliau

Tirana berkata...

Innalillahi wainna ilahi raaji'uun..mudah2an rohnya dicucuri rahmat.

ujie berkata...

takziah pada keluarga arwah..semoga rohnya ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman..

ku tak sempurna berkata...

alfatihah..

sedih bila dgr berita2 camni...
berhati2 di jalanraya...

julietchun berkata...

Mereka sedang diuji dan Allah menguji hambanya mengikut kemampuan mereka.

kakchik berkata...

dari Allah dia datang kepadaNya jua dia kembali.
semoga keluarga arwah bertenang dan bersabar atas pemergiannya.
sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ummatNya.

theconfused berkata...

innalillahiwainna ilaihi rajiun.. dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali...

DUN Behrang 2020 berkata...

Takziah utk keluarga arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat..

tasikmerah berkata...

alfatihah

Chekgu BaniHassim berkata...

dah sampai ajalnye...

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam kunjung..

Takziah atas pemergian beliau..

kuIna Jentayutiara berkata...

alfatihah
ajal maut ditangan tuhan..

Yunus Badawi berkata...

Takziah utk keluarga allahyarham.
Arwah seorg yg berbudi bahasa semasa di sekolah mungkin juga di luar sekolah tapi ramai org kurang berbudi bahasa di jalanraya.
Di Cameron Highlands jalan berliku2 - cabaran ketika memandu lebih hebat.

SiS-lin berkata...

Takziah bt keluarga Hanapiah..semuga rohnye di cucuri rahmat dr yg Esa..amin..

Marzalina berkata...

takziah..Semoga ditempatkan dikalangan orang yg beriman, amen.

xiiinam berkata...

....Innalillahiwainnailaihirajiuun.


hilang sudah seorang bakal modal insan...takziah untuk keluarga aruah, dan bekas cikgunya juga...

noorlara berkata...

alangkah beratnya dugaan yg ditanggung oleh kedua ibu bapa arwah, semoga rohnya dirahmati Allah.

LotsOfLove-Pearls berkata...

thanx datang berkunjung kat blog LOL.
happy day.

su berkata...

Al Fatihah...