Rabu, Mac 11

Antara ayam dan itik


Dua hari agak sibuk sikit pikul kamera. Ada orang Siam datang melawat sambil belajar ke sini. Guru-guru dan pelajar-pelajar dari SURATPITTAYA SCHOOL, THAILAND datang melawat ke SMK SULTAN AHMAD SHAH, MALAYSIA. Melawat sambil belajar Bahasa Inggeris melalui aktiviti yang disediakan.

Rata-rata orang Siam ni tak berapa pandai berbahasa Inggeris. Apatah lagi cakap Melayu. Termasuk lah guru-guru mereka. Anak-anak Malaysia ni, cakap omputih macam makan petai masak tumis je. Berselera sungguh. Termasuk la anak aku sorang tu. Dok menongkat dagu je la. Macam ayam dikurung sereban dengan itik....bising je lebih. Rupanya saling tak faham.

Yang bestnya waktu persembahan kebudayaan negara Siam ni. Tengok tu...ramai yang lupa angkatan tentera kat rumah. Dia punya lenggok....fuh...kalau mem besar kat rumah tengok mesti terkancing gigi ni.. Kalau aku cakap insaf-insaf la wahai ummah. Rumah kata pergi...kubur kata mari. Diorang marah pulak. Diorang cakap "Yang ko pergi kat kubur tu buat apa. Pegi le tempat lain." Lebih baik aku buat kerja aku je... ambik gambar.

Sepanjang program tu aku tertarik dengan satu soalan dalam bahasa Inggeris.
Lepas aku terjemahkan bunyinya begini:-


Dalam seminggu ada 7 hari...Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Sebutkan 5 hari dalam seminggu itu tanpa menyebut nama-nama harinya.
Maksudnya nama lain lah. Tapi mesti dalam bahasa Melayu gak.

CuBa KoRaNg SeBuTkAn....SaPa DaPaT aKu BaGi HaDiAh.



19 ulasan:

kuIna Jentayutiara berkata...

aduihhhh lenguh mulut dah...

julietchun berkata...

hari minggu ler,kataku dgn konpidennya.

ku tak sempurna berkata...

aku nak hadiah... aku nak hadiah...

jawapannya : HARI KERJA...

bak sini... hadiah tu...


hikhikhik...

kan main tengok lentok penari siam tu eh.... aku kabor ngan mem kang baru tau... :D

ONE ZABA berkata...

kuina...>> gi minum twister dulu. rehatkan molot.

julietchun...>> bukan salah, tapi tidak betul..kataku dgn konpidennya.

kts...>>aaikk....belum tentu betul dah mintak hadiah. bukan aku la berlengguk tu.

Shifu67 berkata...

emm... tetiba je rasa lenguh2 la pulak badan ni... kene gi......

kawe dah setahun lebih pencen pikul kamera.... hehehe... baru lega rasanya

INTAN berkata...

bkn student siam aje...peringkat lecture pun 2x5 aje...susah betoi nk berkomunikasi gan dwang..

~Insan Biasa~ berkata...

poning den mikir...12345...tunggu jek la jawapan tuan umah bagi...

amirul berkata...

Salam OneZ,
Saya cuba teka erk? HARI SEKOLAH barangkali... betoi ka?

xiiinam berkata...

Jumpa pompuan Siam....semua lupo....





Haihhh!!!!

sonata anak kancil berkata...

Jawapannya KISAR , Jumaat & Sabtu - cuti, rehat kat umah. Hantar hadiah segera!!!

Chekgu BaniHassim berkata...

gelek2 siam yg memukau la nih??
haha..
sekali sekale cuci mata...haha

DUN A. RANI berkata...

Nak cuba gak..kalo jwpan dlm BI...5 hari tu..mon, wed, fri, satur, dan sun...stlh diterjemahkan dlm BM: Senayan, Selasa, Serabu, Sekhamis, Sejumaat, tak kira salah ke betul nak gak hadiah tu...nak yg lenggok paling lebih...produk siam tuuuuuuuuu!!!

Yunus Badawi berkata...

Salam kenal.

Lepas ni bolehlah buat rombongan ke siam pulak.

Tirana berkata...

hehehe...One, apa jawapannya..tak larat memikir..weekdays kot tapi nak dalam BM

ONE ZABA berkata...

Shifu...>> gitu la kerja org pkg ni. gamba sendiri je yg takde.

intan...>> angguk-angguk dan geleng-geleng je la intan.

anis...>> maleh mikir la tu. tunggu je la jawapannya jemaat ni.

amirul...>>tidakkkk...sama sekali tidakkkkk.

cklah...>>itulah penangan org siam. sedunia suko gi situ.

sonata...>>tidak betul tu. slmt bercuti la sonata.

CBH...>>leleh liur wooo...aku ni sebab tak dipelawa menari je. dengki je lebihnya.

dun...>>lagi la tak betul je ni. nah hadiah kucing siam.

YB...>> welcome YB...tq kerana sudi bertanggak. november nanti kami ke siam pulak.

Tirana...>>tunggu je la jawapannya nanti.

ujie berkata...

nak tahu pe hadiah ye dulu..bru leh jawab...he3...

amirul berkata...

Salam OneZ,
Kalu tidak... pae jawapannya erk? Clue takdak ka? kui3x

ONE ZABA berkata...

ujie...>> hadiahnya, nasi ayam tiga ekornya

amirul...>> klunya...esoklah.

ujie berkata...

nasi ayam 3 ekornya???he3 x mau ekornya..he3..hadiah x lumayan ler..igatkan hadian tiket melancong kat bangladesh k ahaksss...