Isnin, Februari 23

Tag "Lillies"...

~Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah... (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)~
---------------------------------------------------------------
1) Anak Kunci
Kegunaan asal - untuk kunci pintu, laci dan apa2 yg berkunci
Kegunaan yg ada dalam hidup aku ni pulak - untuk menyudahkan tag ini.

2) Penutup Pen
Kegunaan asal - tutup pen, x nak kasi dakwat kering
Kegunaan yg
ada dalam hidup aku pulak - untuk membolehkan aku menulis setelah dibuka penutupnya...pastu buat korek tinge yg gatal.

3) Botol Mineral
Kegunaan asal - tempat simpan air
Kegunaan yg
ada dalam hidup aku pulak - kumpul banyak-banyak... pastu jual. Dapat uwang la.

4) Paper Lama
Kegunaan asal - leh digunakan utk buat draft paper
Kegunaan yg
ada dalam hidup aku pulak - jual la...ada jugak buat alas tetikus.

5) Seluar Dalam Lama
Kegunaan asal - pakai kat dalam bukan di luar
Kegunaan yg
ada dalam hidup aku pulak - buat lap tangan.... heee...heee gamak ke korang buat.

6) Lesung batu
Kegunaan asal - menumbuk belacan, dsb
Kegunaan yg
ada dalam hidup aku pulak - hui! aku cukup takut benda ni.... sebab pernah tertumbuk ibu jari.

7) Langsir
Kegunaan asal - kehiasaan umah/keceriaan umah
Kegunaan yg
ada dalam hidup aku ni- buat kain basahan mandi. tapi kalau langsir yang jarang tu....macam tak pakai je la....ngehhh...ngehhh.

8) Komputer ofis
Kegunaan asal - buat keja rasmi
Kegunaan yg
ada dalam hidup aku ni - tunggu hapus kira je.


9) Duit Syiling
Kegunaan asal - nak lengkapkan duit kertas
Kegunaan yg
ada dalam hidup aku - pantang lepa...abis anak-anak aku ambik buat beli eskrim.

10) Laman Blog
Kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru, tukar2 pendapat
Kegunaan yg ada dalam hidup aku - boleh gangren otak aku ni kalau sehari tak jenguk.

Beresssss !!!!
Harap Lillies tu pueh hati la. Dengar khabar si Lillies ni tengah sibuk dengan permohonan pertukaran tempat kerjanya. Semoga apa yang dihajatinya tu termakbul

12 ulasan:

Tirana berkata...

Hehehehe...jawapan One ni menggelikan hati especially kegunaan seluar dalam tu..hahaha

nueeunlimited berkata...

eh..yang bab duit syiling 2 cam penah wat la kekecik dulu.hehe...
yg x thn 2 kain lgsr wat kain bshn mnd.kah3x..cam kain gebor ghasenye

arryani berkata...

wakakak

jawapan dahsyat.......tak tahan baca yg langsir n No 5 tuh....

noorlara berkata...

suke ngan jawapan onezaba fasal laman blog tu, betul betul betul bak kate dak ipin!

noorlara berkata...

kalau gi Ulu kenas musim panas sesangat nanti airnye tak banyak dan panas le onezaba, musim le ni elok sesangatle tu

xiiinam berkata...

Bang...
pasal weblog ko ni...
resolution dia besor bebenorlah...sebab tu aku selalu berkunjung ke rumah ko, tapi tak jadi masuk...sebab lambat sangat nak appear....tengok tu...sebahagian maklumat dah terkeluar dari window....



Yaa...ya...ya...aku tau! Ni blog ekau...

Dr.Araz berkata...

muhuahahahahahaha....

xiiinam berkata...

Eh....dah renovate....
Sampai je teratak rumah ko, aku terus masuk...lajuu je...tak delah tunguuuu lamaaaa kat depan pintu bagi salam tak dijawab-jawab macam dulu..

Baguih...baguih...baguih....cikgu sukeeee...dengar cakap cikgu ye.....he...he...he...

Chekgu BaniHassim berkata...

blog mmg mengketagihkan...

Shifu67 berkata...

err... anak kunci aku selalu guna korek telinga... tu yg tak pasti kunci tu kuning ori ke kuning kes tu..... hehehe

tasikmerah berkata...

apa kata seluar dalam lama tu buat lap muka. hahahahaha....



.

lillies berkata...

salam...
hua..hua..hua..
kira okla tu..very creative..!!hehehe...
dak ni belum dapat ape2 lagi berita pasal pertukaran..huhuhu..tengah bengang neh sbb esok kena jadik pencatat utk mesyuarat agong PIBG..huhuhu