Isnin, Februari 23

Kebuntuan melampau

Dah seminggu lebih rumah aku ni tak masuk perabot baru. Perabot kitar semula pun tak da yang menarik. Dengan keadaan yang agak sibuk dengan musim sekolah mengadakan sukan tahunan maka secara tak langsungnya aku pun terlibat sama. Dah dua minggu aku ni berjemur memikul dan memasang alat siarayanya. Kulit pun dah tuka kaler sikit. Tapi masih boleh lagi memakai "bin" tu. Tak sampai lagi kena tukar kepada "anak lelaki". Dalam kesibukan tu bukan la tak sempat langsung nak mengupdate rumah ni, tapi tak da bahan yang menarik nak dimasukkan. Naik berasap kepala mikir bahan nak dimasukkan. Mata pun dah tak larat nak mengadap komputer ni.

Dalam tiga empat hari ni cuaca dah mula berubah. Pagi sampai ke tengahari panas terik, boleh lagi la bersukan. Petang bawak ke malam hujan, kabus tebal... sejuk la pulak. Dalam rumah mula le asyik nak berkelubung je. Beku otak dibuatnya.

Rasa-rasanya, itu tanda-tanda musim hujan yang berpanjangan. Tapi kadangkala tak jadi pun. Payah dah nak mengagak keadaan cuaca kat atas gunung ni. Angkara banyak sangat hutan dan bukit yang hilang. Walau bagaimanapun kena la jugak berwaspada. Kepada kengkawan yang duduk kawasan rendah tu, elok-elok bersiap sedia pindah ke tempat yang lebih tinggi. Bimbang kena banjir. Kepada yang duduk di kawasan tinggi tu , elok-elok la siap sedia pindah ke kawasan yang rendah. Bimbang tanah runtuh la pulak. Hissss! Rendah salah..tinggi salah. Ke mana agaknya tempat yang selamat nak duduk ni ????
Hui, dalam pada tak da bahan tu siap jugak n3 baru aku ni ! Cukup la kut untuk kali ni. Yang lain tu simpan-simpan la dulu untuk esok-esok pulak. Tak la bersawang sangat rumah aku ni. Bebudak tusen pun dah dtg tu. Rutin malam ku dah nak mula. Begini la rutin aku waktu malam. Mula jam 8:00 hingga jam 9:30. Bukak kelas tusen. Kebanyakan pelajar aku terdiri daripada bukan Melayu. Pelajar Melayu tak minat langsung nak bertusen-tusen ni. Walaupun kami bukak kelas tanpa bayaran. Hasilnya....boleh agak la kan. Pelajar kaum mana yang cemerlang.

Kisses

22 ulasan:

xiiinam berkata...

errrr...kalau tahap kebuntuan ko sedang melampau....maknanya kau tk ada ilham kan....errr...boleh tk masa cam tu...ckLah tompang post n3 ckLah kt sini? Banyaaaaaak sgt ide ni...hi...hi.

INTAN berkata...

betui betui betui.....tempat tinggi salah..tempat rendah pun salah...hahhahaha......mmg rasa keliru...hehe..mana nk duduk sebenonya...

ONE ZABA berkata...

sila-sila la cklah...jgn masuk gambo terlampau udah la. kena pegi nyorok luar negeri pulak.


ntah la intan....duduk mencangkung je ok kut

nueeunlimited berkata...

fuyooo...ghajinnye wat tusen. kira bnyk msa tuh.huhu...nuee mmbkr diri last jemaat nih. sokan skolah..bru pas kjhanan olhrga daerah mgg lps.. brasap

ujie berkata...

relex...hehehe

ONE ZABA berkata...

bukan la rajin nueeunlimted...saja curah ilmu agar tak berkarat dlm dada.

hai ujie...sejak kawen ni tak cakap banyak dah. dah kena geget ke bibir tu....ngehhh..ngehhh

Chekgu BaniHassim berkata...

erm, wan, ko tak tgk berita la nih ek???

ONE ZABA berkata...

tengok jugak CBH... tunggu jam 11 mlm . berita bernama

su berkata...

lor...tanpa byrn pon diorg xnak!"bagus" tul diorg nih ek?

stp ari ape wat tu ek cikgu?

Tirana berkata...

Bersawang ke rumah ni? Nampak cantik aje..hehehe..

Duduk kat tanah tinggi takut tanak runtuh..duduk kat tanah rendah takut banjir..nak duduk di mana? Kita terapung di udara la kalau macam tu..

DUN A. RANI berkata...

Tuko kaler kulit tak pe...jgn tuko yg lelain...yang penting...kita enjoy! Dah jgn tensen2...eduwebtv dh start tu...

julietchun berkata...

bkn takde citer tapi taktau apa nak citer sbb byk sgt citer.

ujie berkata...

bukan x banyak ckp tp tgh relex dulu....letih ler mengatur jadual kawen ni hehehe..layan....

noorlara berkata...

one zaba,
pekabo, lara suker sesangat kalau hujan turun sebab tak payah nak siram pokok bunga cumanye susah sikit tak dapat nak beriadhah

ku tak sempurna berkata...

betul ke tak perlu tukar kepada anak lelaki??

hehehehehehe.... sangsi skit aku... :D

KakChik berkata...

dalam pada takde benda nak tulis dah siap satu entri.

dan naik tergelak tengok gambar-gambar tu memang kena dengan cerita one z. tapi kan, gerun dan geli tengok gambar yg dia tarik biji mata tu, iiii betul ke tu?

Shifu67 berkata...

Atas gunung pun panas gak ke... kalau area dekat pantai ni, lagi la berasap maknanya.... skrg ni aku training kul 5-7, dah tak larat training cam dulu kul 4-6... itu pun mem dah kata, muka aku dah hangus balik.... sedapnya kalu hujan

SiS-lin berkata...

Ermm best jgk tu,tu pun 1 punca rezki,sambil2 isi masa lapang kan...

Miss Jaz berkata...

salam one z.sama lah kita..bz kan???kan??kan?he.he..panas kan?dah jue nie memang kulit gelap bertambahler hitamnyerrrrhe..he..he.takpe hitam itu manis..ahakkksss...latihan sukan skang nie memang panas,bleh pengsan wow....he..he...ok bye2 cikgu tusen..wat tusen rerajin ek,..wassalam

lillies berkata...

hehehe...
sabar....xleh dok tmpat tggi n rendah..kita dok tengah2..hehehe...
org ni punye keputusan pertukaran x tau lagi...kena tggu smpai mggu dpn rasanya...doa2 kan sama ek...huhuhu...

lemangcute@chah berkata...

heheh..seyes takut tengok gambar yang dier tarik mata dier tu..huhuh..pleseeee takuuutttt

kuIna Jentayutiara berkata...

tinggi takut jatuh, rendah takut roboh... yg pentng sntiasa waspada.

bagus la chekgu buat tusen... sy nk join sama leh?