Isnin, Februari 2

Angkara mabuk limau


FAKTA



1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca thread ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehheheheheheeh.......Sentuh la telinga kurang ngan siku
sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya..


13 ulasan:

DUN A. RANI berkata...

Ok le tu bro...ilang mabuk2 limo dibuatnye...

Tirana berkata...

Ni la dia akibat terlalu banyak makan limau masa dung dung chiaww...Habis semua yang masuk blog ni terkena tempias tuan rumah yang mabuk limau...hehehehe..

KakChik berkata...

Eh, kenapa rasa pening-pening lalat ni? Ingatkan mabuk bawa budak rupanya mabuk terkena lawak.

Batara Guru berkata...

baru kini aku tahu.....har....har....har.....
harun salim bachik!

kuIna Jentayutiara berkata...

tahukah anda bahawasanya sy terkena di blog ini...

apapun sy baca smpi ujung...

Moon berkata...

ahaha
mengarut
salam kenal.

sonata anak kancil berkata...

Nasib baik la saya tak mabuk makan limau...Rupanya kalau kita mabuk, akan keluarla macam OneZ beritahu ni..Ok kekawan, next year CNY jangan sampai mabuk limau...nanti jadi macam OneZ ni - angkara mabuk limau...he3...wat lawak je OneZ ni.

Anyway, it's fun.

Tera berkata...

Semoga segera sembuh... usah runsing2

azlin hashim berkata...

Mabuk? tahap bahaya nih...

hazlin berkata...

kalau mabuk orang mengandung?????

yani_worldpeace berkata...

siku sye bole kena dengan telinga...sye normal...hahahha

arryani berkata...

OneZ mabuk nak kenakan orang sebenarnya

ONE ZABA berkata...

buat kengkawan semua....

n3 ini sekadar penghibur di kala duka semata-mata.
sesapa yang rasa terkena tu mintak maap bebanyak le.

yani tu mesti sentuh siku pada telinga org lain.