Ahad, Januari 18

Secebis kisah yang tertinggal.

Sudah 2 minggu sesi persekolahan 09 berlalu. Terasa cepat je masa berjalan. Bermulanya persekolahan bermakna tamatlah musim berehat-rehat. Musim berjalan-jalan cari makan pun tamat jugak. Tiada lagi dah bershoping-shoping. Tak payah berebut-rebut main permainan komputer dengan anak-anak.

Sudah besar panjang rupanya anak-anak aku ni. Yang sulung dah (baru) masuk tingkatan 2. Yang kedua pulak baru masuk darjah 2 manakala yang ketiga baru menjejak darjah 1. Yang keempat pulak masih berkepit ngan emaknya di rumah. Lagi 3 tahun baru jejak kaki ke sekolah. His.... kena yang kelima la pulak. Bila..entahlah. Tengok lah pada rezeki dan sekatan ekonomi.
Sejak bukak sekolah ni, rutin harian aku pun berubah. 5.30 pagi dah kena bangun. Tampung air panas dalam kolam. Mandi air pancur tak best, tak pueh. Sini sejuk wehhh!!!. Kena la mandi air panas. Kalau tak...ada la yang beku dalam bilik mandi. Mak nya pulak bersilat kat dapur. Siapkan sarapan dengan bekal bebudak tu ke sekolah.

6.00 pagi baru kejutkan bebudak tu bergilir-gilir mandi dan bersiap-siap ke sekolah. Mujur sekolah depan tangga rumah je. Ofis aku pun depan tangga jugak. Tak lah terkejar-kejar sangat. Bunyi je loceng, baru semua turun masuk kelas masing-masing. Termasuk lah aku, masuk ofis.

Inilah rutin yang harus dilalui sepanjang tahun ini. Sama seperti tahun-tahun lepas dan tahun-tahun akan datang. Cuma sekali-sekala sahaja rutin tu akan berubah mengikut keperluan.
Yang pastinya umur semakin meningkat. Keperluan hidup semakin bertambah. Keupayaan semakin berkurang....Aduh!!!! Sakit lutut turun naik tangga ni.

24 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

Senangla macam tu, sekolah/ofis depan rumah. Dah jimat pe, duit bas tak kena bayar.Kalau tak 3 orang sekolah, banyak jugak...Air-con pun tak payah pasang..

Tunaikan lah amanah Allah swt untuk memberikan didikan/pelajaran kepada anak2. Ni je harta yang boleh diberi, duit banyak pun semua nya untuk membesarkan anak!

Budak2 sana dalam kelas pakai baju menahan sejuk ye??

Tirana berkata...

Huaaa..bestnya sekolah dan pejabat depan tangga rumah...Jimat masa, tenaga dan duit..hehehe

Chekgu BaniHassim berkata...

semua wirawati2, ni...
abahnye je yg wirawan...

jenuhla one...
tp takpe, nnti dah tue senang kut...
anak2 gilir2 jage...

xiiinam berkata...

ckLah tertarik tengok baju sejuk dia orang...seragaaam je!
Sejuk kat sana ya...

kakchik berkata...

Bertuahnya badan dapat keje kat depan rumah je. Jimat bil minyak & tambang bas sekolah anak-anak.

Comel-comel la anak-anak one Z tu. Dok atas bukit baju sekolah pun ada baju sejuk ya. Macam sekolah kat luar negeri je.

su berkata...

sronok ye lihat anak2 da membesar..su tmpang sronok je....bilalah nk merasa pengalaman tgk anak2 ke skolah...huhu

Shifu67 berkata...

tambah 5... jgn tak tambah... hehehe

dulu kawe angan2 nak mengajar kat cameron highland.... tapi family mem takut lepas anak dia pulak... tu yg terus sangkut kat bachok nii

errr.... kpd cik lah... ko nak ke Javascript bagi teks bejalan kat atas macam cikgu Z punya ni? kalau nak aku boleh ajar ko cam mana nak buat.... hehehe

rantong berkata...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

julietchun berkata...

tak pyh ssh2 nak minum ais :D

ujie berkata...

baru naik tangga dan sakit lutut..kurang stamina ni hahaha

kuIna Jentayutiara berkata...

klu sy tak mandi terus la..
ngeh3x...

ku tak sempurna berkata...

hiks...

jeles plak aku tgk bebudak tu ngan sweater... comey je...

tp bila mengenangkan air yg sejukkkkk tu, hilang sudah segala jeles tu...

aku mmg tak tahan sejuk... tak sanggup :D

CaBaiKeRinG berkata...

salam menyingggah pada cabaikering...

teruihkan perjuangan...

noorlara berkata...

onez,
memang masa anak masih sibuk bersekolah kita yg sibuk lebih dari mereka tapi bila masing-masing dah besar masuk asrama terasa sunyi, hamboi punyale selesa sekolah hanak dan opis depan tangga umah, sabau je leee kalau tak bersyukur sajele tu

Qaseh berkata...

x sabar tgk anak sya sekolah..macamane ler rupanya..hehehe..seronok tgk anak2 one z g sekolah..semua comel2 belaka..

Marzalina berkata...

comeii la anak one z ni hehe

erisya nor berkata...

wahhh bertuahnya badan! jimat duit minyak...hmm..cute anak2 onezaaba!

maths_teacher berkata...

memang menjimatkan. siap bawak bekal lagi. kalau anak saya, bekal, bekal juga tp duit belanja tetap ada..

nueeunlimited berkata...

salam..tumpang lalu yek.tq la lau blog nuee td.huhu..
bestnye dok tmpt2 sejuk gtu ek. nyaman je. Ho..tmpt kja pan tgga umah je???Wah best tuh..kalo nuee loceng nk bnyik bru trn.ahaks...

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam..

Ibu Mithali!!

~PakKaramu~ berkata...

Salam kunjung

Pujangga Asmara berkata...

Wahhh bang...sng giler..tmpt keje dekat jer...hua3...sy tmpt keje amik masa lebih kureng 30 minit... kalo trafic jam mampoih sy...haha..sakit lutut yer..gunalah minyak yuyi cap limau..hehe..promot tu...

lillies berkata...

selamat bertugas...

terima kasih sebb sudi jenguk blog saya..

noorlara berkata...

hahahha kalau anak dah beso panjang maknanye kite semakin tuale hahahahah(sekali lagiks)
semoga kehidupan kita semua sekeluarga bertambah bahagia