Selasa, Januari 13

Jawab tag Zam & Tera...

Dapat badge pulak kali ni. Ingat syerif-syerif je pakai badge. Aku dapat badge ni daripada 2 orang sahabat teristimewa.Kedua-duanya dari selatan tanahair. Mujur dapat yang sama. Senang le crite sikit. Tapi aku kena pulak la crite pasal kedua-duanya, kerana salah satu syaratnya begitu.

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award"
di atas untuk diletakkan di blog anda.


Beres dah...tu dah tempek kat atas.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang
memberikan award ini kepada anda.


Yang empunya rumah "ZAM@KELUARGA BAHAGIA" & Yang empunya taman"Tera@ tera-lepidop"

Makasih la ZAM ... Tera kerna bagi aku pakai badge.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
Nak cerita bab diri sendiri yang lomah sikit ni. Tak ada yang istimewanya aku ni. Nak cakap sampai 10 hobi tu pelik sikit la. Kalau dah 10...bukan hobi la namanya...tabiat tu. Tak apa la... aku cuba jugak la crite sikit-sikit tang aku ni.

1. Aku lahirkan di Gopeng, Perak.... orang rawa.
Hobi aku masa tu rasa-rasanya cuma isap susu je kut.


2. Habis je tempoh berpantang...aku dibawa naik atas gunung ni.
Hobi aku masa tu makan tido je le....sejuk gilerr masa tu.


3. Masuk sekolah sampai la keluar sekolah... kat atas gunung ni la.
Sepanjang tempoh bersekolah rendah tu, aku asyik main je.
Sejak dalam tingkatan 1 aku dah mula bekerja di kebun sayur tiap hujung minggu. Keluargaku miskin...hidup susah...
terpaksalah aku bekerja cari duit untuk membantu mak ngan apak.
Alhamdulillah...aku mampu menyara persekolahanku dengan hasil titik peluh ku sendiri.


4. Tamat sekolah menengah, aku bekerja di kebun sayur sementara menunggu keluarnya keputusan SPM. Setelah mendapat keputusan...agak baguih jugak... aku terus memohon untuk menyambung pelajaran di politeknik dan maktab perguruan. Kedua-duanya memanggil aku utk temuduga. Tapi rezeki aku di maktab perguruan.

5. Maka masuk maktab la aku ni....belajo jadi chekgu. Nun jauh di selatan. Zaman yang paling seronok bagi ku. Ramai kawan masa tu. Tau nak seronok je kerja nya. Bermacam-macam peristiwa berlaku sepanjang 3 tahun di situ. Ada manis...ada pahit..tak kurang juga yang kelat dan payau. Semuanya berjaya aku harungi. Sapa tak kenal aku masa tu...heeee...heeee... Helloo,org Johor.... Helloo, orang Kelantan....aku niiiii. Korang dah berbaik ke belummmmm?

6. Tamat belajo mengajo...aku di tempat atas gunung ni jugak. Balik asal la nampaknya.Sekolah pertama aku SK Convent. Pastu kena campak ke sekolah tamil di sempadan Kelantan. Masa tu jalan teruk... kira tempat orang buangan macam aku ni la. Tu la...degil..kan dah kena tendang.
Prokkk..prakkk..pretttt....tuiiii...cakap tamil le aku. Mujur tak lekat kunyah sirih.


7. Peristiwa yang paling bermakna buat aku, bertemu jodoh dengan seorang gadis yang cantik lagi rupawan. Kurus kering je bakal isteri aku tu. Tapi sekarang ni...aku berjaya membuat isteri aku tu mengkotakkan baju-baju nya yang kecik molek tu. XL la pulak...heee...heeee

8. Setelah insaf (kononnn) dari kesilapan...aku di keluarkan dari tempat buangan tu. Aku ditempatkan di PPD selaku pegawai sukan.

9. Aku sudah punya 4 orang penyambung generasi...pompuan belaka.
Kebanyakannya mengikut gaya aku.... gen aku lebih kuat la tu.

10. Kini aku tidak lagi mengajo. Dok keroje kat ofis lak.
Hari-hari ngadap komputer je. Aku sayang sangat kat komputer aku ni.
Kerana dalam komputer aku ni lah kalian tinggal.
Melalui benda alah ni la kita saling mengenal....walau cuma dalam talian.

Sayang kamukkkkkkkkkkk


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Tak payah la setakat ni...kasihan saudara-saudara kita yang tinggal di Palestin nun. Sibuk berperang....tak da masa nak jawab tag.
Sama-samalah berdoa agar saudara-saudara seagama kita nun di sana sentiasa dalam perlindungan Allah. Dan mereka yang memusuhi Allah mendapat balasan yang setimpal.
Aminnnnnn.........


20 ulasan:

- jinggo - berkata...

salam cgu : orang rawe rupanya.bukan wong jowo.....kabari wak !!!!!he...pastinya kita suka tulisan warna2 ni.....

kirakan betullah kata cgu mis jazz.mat bunga.satu jawo.satu lagi rawe.....

ONE ZABA berkata...

waras wak jinggo...
warna-warna tu indah...umpama warna kehidupan...dan palestin mengalami warna yang suram...amat sedih mengenangkan nasib mereka

ujie berkata...

one z..bila nak tambah hero lak..ha3..:)

ONE ZABA berkata...

nanti la ujie....lum ada rezeki lagik.... buat uji kaji dulu ... heee ... heeee

xiiinam751 berkata...

best nye jadi urang gunung...
rasa pelik gak bila dengar cikgu lelaki ngajor kat convent....kat sekolah ckLah (SMC) dan anak-anak cikLah (SKC) tak pernah ada cikgu lelaki...

ONE ZABA berkata...

sk convent sini unik sikit la cklah ... murid2nya campur lelaki pompuan. tu yang ada cikgu lelaki.cikgu lelaki yang mirip pompuan pun ada gak ... heee...heee

Chekgu BaniHassim berkata...

one, aku suke spelling "chekgu" tu...
serupe, sejibik cam spelling nama aku...haha

ONE ZABA berkata...

sebijik nama tak pe CBH...jgn muke kita sebijik serupa udah la.

sonata anak kancil berkata...

wow, sirih pulang ke ganggang...sonata tak berpeluang, boyfriend takut ke seberang lautan, cepat2 dia ajak nikah...he he he...

Shifu67 berkata...

Hari-hari ngadap komputer je. Aku sayang sangat kat komputer aku ni...

komputer tu saiz berapa inci.... hehehe!

su berkata...

sronokkan ngadap komputer jer...hihi!

ONE ZABA berkata...

bukan sirih pulang ke ganggang... tapi bagai sirih dikunyah-kunyah la sonata...cretttt!!!

pc saiz biasa je shifu...boleh la muat semua kengkawan dalam tu.


memang sronok su...lupa makan

ku tak sempurna berkata...

dalam byk2 fakta, aku suka fakta ke-10 tu... sungguh jujur...
aku pun sayang kamukkkkkk :)

ONE ZABA berkata...

ya beda beduuuuuuuu...kts syg aku gak

Mak Su berkata...

hahaha, kelakar le puloks. dulu kecik sekarang xl?

anak 4, pempuan sokmo

macam family aku plaks.

ONE ZABA berkata...

udah rezekinya gitu Mak su...lelaki melayu terakhirla jawabnya aku ni

arryani berkata...

OneZ, JB dulu dari MPTI ke? Saje meneka....Saya selalu training hoki kat situ....heheh. Sebelah library larkin kan?...

ONE ZABA berkata...

betui la sesangat arryani....tempat tersungkur lagi dikenang, inikan pula tempat tertonggeng

Qaseh berkata...

hehehe..tang ngajo kat sekolah tamil tuh best aa..selamat x lekat dgn minaci..amma...

ONE ZABA berkata...

mujur la Qaseh...