Khamis, Januari 1

Jangan mudah lupa!!!!!!!

Hari ini 1 Januari 2009, tahun baru. Ada apa dengan tahun baru ni????
Hai, takkan lupa.
Kan ke tahun baru ni semua orang penuh dengan azam baru.
Walaupun azam tahun lepas tak tertunai jugak.
Begitu jugak dengan azam tahun-tahun yang lepas.
Tahun ni mesti ramai yang berazam nak kuruskan badan..betul tak.


Oleh yang demikian bagi yang berazam nak kuruskan badan tu,
jangan lupa memakai talipinggang seluar. Bimbang nanti terlondeh la pulak.

Perkara penting yang nak aku sampaikan ialah jangan lupa memakai
tali keledar bagi penumpang kereta di tempat duduk belakang.
Hari ni mula dah nak kena saman kalau tak pakai tau tak.
Daripada bayar saman , lebih baik beli teh perasa strawberi.



moralnya....naik kereta mesti pakai talipinggang seluar dan pasang tali keledar.

17 ulasan:

Tuan Puteri yang Comot berkata...

Kalau kereta takde tali pinggang keledar kat belakang & tali pinggang keledar tu dah rosak, boleh pakai tali pinggang gusti ataupun karate tak? Hikhik.

ONE ZABA berkata...

Kalau udah itu je yg ada, apa boleh buat. pakai je la tuan puteri yang Comot lagi rupawan. Jangan pakai tali gitar udah la. Bergetar pulak perut nanti.

xiiinam751 berkata...

saya telah menutup tirai 2008 semalam dengan tragedi berdarah......ikutilah cerita terbaru saya yang sadis itu!!!!

sonata anak kancil berkata...

Tahun ni...ikut semua arahan...Ingat: jangan, jangan, jangan....tapi yang jangan ni lah yang dibuatnya....kalau buat juga,tanggunglah sendiri, orang dah kata jangan lupa, jangan itu, jangan ini....

kuIna Jentayutiara berkata...

selamat tahun baru...

kekdang sy suka bila org selalu sebut 'jangan'jangan'jangan'.... hehehe

ujie berkata...

selamat tahun baru..he3 nak kurus?bagus2 moga tercapai hasrat di hati tu he3

hazlin berkata...

Muat lagi ke tali pinggang seluar tahun lepas?????
Selamat Tahun Baru 2009

hazlin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~Insan Biasa~ berkata...

diet jgn x diet....macam2 nak kurus. kurus badan,kurus dosa, kurus malas....dan macam2 kurus lagi ler..

azza_irah berkata...

macam tak beh je kl beli sndiri teh stobery tuhh...ekekke

1hb arini...12 ari lagikk...

ONE ZABA berkata...

Jangan...jangan...jangan...jangan langgar cermin macam ckLah tu Sonata...Kulna. Sumbing bibir dibuatnya.

Tali pinggang muek laeii... sua je yang makin kecut Hazlin.

Kalau badanku jadi kurus, maka terpaksa la beli sua baru...duit lagi tuuuu, Anis...ujie. Oleh itu tak payah la kuruskan badan...maintainnnn

Yanmie berkata...

salam...

hepi new year..ceh siap speking lg tu..

aiseh tang bab pakai tali pinggang tu ler...hem nmpaknye stat ari nie kena pakai..klu x kena saman plak..yg merisaukan yan..camne anak yan nk pakai tali pinggang tu???...huhuhuhu..yg kecik x kisah dia duk dpan ngan baby seatnya..yang aiman nie plak..huhuhuhuu...

Chekgu BaniHassim berkata...

azam baru nk kuruskan badan?? btol la tuh...encik wan?? tkmo???

mentang2 la dier dah dok kat atas sane, musti dah tak heran dgn teh stroberi tu..
mntk sikit!

ujie berkata...

aik..mcm mana lak ni..mula2 berazam nak kurus.pas tu x jadik lak.hahhahaha..

julietchun berkata...

Slm ziarah,
abang saya dok korek tali pinggang belakang sebab keta dia modified aritu di kambusnya tali pinggang tuh, tup tup kuar stetmen soh pakai, haru di buatnya.

ku tak sempurna berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ku tak sempurna berkata...

hikhikhik...

azam yg paling popular... nak kurus... bila ujung thn, naik timbang, bukan berkurang tp bertambah...

takpe... tetapkan tekad ye...

p/s : pasni polis dah tak tgk org depan, duk tgk org belakang je... so, klu org dpn tak pki tali pinggang keledar pun takpe :D