Jumaat, Januari 30

"Dung dung chiawwww"


Syioookkk nya cuti raya cina seminggu. Ngalahkan orang yang nak sambut raya. Dapat peluang begini, apa lagi, balik kampung la. Turun dari gunung untuk buka minda. Rimas rasanya kalau time cuti dok atas ni. "Trafik jem" la. Time begini la orang tempatan rasa macam melukut tepi tandas awam. Jenuh menunggu. Tokeh-tokeh gerai makan tak pandang la orang tempatan. Muka macam tapir masuk longkang je diorang tu kalau orang tempatan nak beli bungkus roti canai. Orang-orang luar pulak, time gini le kena "sembelih".

Cuti kali ni kami pegi jalan-jalan ke Komplek Sejarah Pasir Salak yang hampir nak jadi sejarah jugak. Lama dah rancang nak pegi ke situ. Baru ini berkesempatan. Mujur apabila tiba di sana pengunjung tak berapa ramai. Ramai naik ke gunung kut. Boleh la anak sulung aku tu belajar sikit sejarah Perak. Periksa nanti kalau tak skor gak sejarah ...siap kau.

Tapi aku tengok komplek sejarah ni dah macam tak berjaga je. Macam nak jadi sejarah komplek sejarah je. Rumah-rumah "kotai" pun dah uzur. Tunggu masa menyembah bumi je. Buat rumah hantu elok gak tu. Muzium sejarah bekas-bekas Menteri Besar Perak pun dah tak berapa ceria. Suram je. Nak jadi sejarah jugak la tu. Seperti bersejarahnya pemerintahan mereka di Perak.

6 ulasan:

Tera berkata...

salam pg... dh agak dh mesti ada citer menarik, syioook dpt jln2 cuti2 mesia kn... tera jugak le yg memerap kat umah je, borink thp cipan masuk gaung nih!

Tirana berkata...

Negeri Perak luas..banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati tapi sungguhpun saya orang Perak, belum habis satu negeri perak saya jelajahi..hehehe

nueeunlimited berkata...

salam..lame gla cuti2 mesia ha..best je rsanye kan???Huhu..owang da lme kije da...Jeles tol nengok owang cuti lelame nih.Hihi...

xiiinam berkata...

Agak...udoh dekat bebeno..idokle nak nyinggah njegok teman...bawok le stoberi sebakul due ke Yoeb....!!!

kuIna Jentayutiara berkata...

eeehhh sy plan nak naik bukit tu x lama lagi tp time ujung minggu utk elak kena sembelih..

perak byk tmpat bersejarh yer... byk tmpat tak sampai lg nie...

Shifu67 berkata...

dulu bila balik kg, selalu gak kawe bawa anak2 gi sini... kononnya nak tanam semangat patriotik le.... tapi semenjak dua menjak ni... area tu macam dah tak de 'semangat'..... barangkali diorang tengah semangat gosok kereta camry kot.... hehehe!