Sabtu, Januari 31

"Dung dung chiawww lagi"

Sambung sikit lagi.....dung dung chiawwww!!!!!
Lepas habis pusing-pusing komplek sejarah tu tengok pada jam, masih awal lagi. Mikir lak nak ke mana lagi. Cadang asalnya nak mandi laut kat Teluk Batik. Tapi mandangkan cuaca yang panas terik, bebudak lak asyik selesema ngan batuk... kensel la. Bebudak tu kang, bukannya reti nak mandi kejap-kejap.


Mikir punya mikir... lencong la ke Teluk Intan. Teringat ada seorang sahabat sedang demam di sana. Tapi tak tau kat mana umahnya. Nak hubungi pun tak de nombor tepon lak. Jalan je la. Pusing-pusing sekitar Teluk Intan. Sambil-sambil tu melilau gak mata. Mana la tau... ada rezeki , kut-kut ternampak ke... selisih ke... ngan kereta Citra hitam yg nombornya XII NAM 751. Singgah makan nasi ayam kat medan selera yang tak berapa bukak tu. Banyak yang tutup daripada yang bukak. Alaaa yang dekat sebelah menara condong tu. Cklah tau la tempat tu.
Tapi hari tu kat situ trafik jem gak. Ramai orang nak melawat org demam kut. Tapi sayang tak dpt nak ziarah. Sorry le cklah...tak ziarah tuan hamba. Buah epal untuk org demam tu kami makan sendiri le.
Lain kali la pulak.
Ni aku pinjam ko punya header....
dapat ziarah rumah alam maya pun jadi la.


8 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

Hu hu hu...gi jalan2 ye...Baguslahm asyik membeku atas gunung je, baiklah ziarah2 orang bawah gunung nih...

xiiinam berkata...

Aloo kawan...kalau iye pun nak pinjam gambar aku, agak2 lah resolution dia...apasal badan dan kepala aku jadi lonjooooong gitu?? Marah perunding imej I tawwwww!!

ckLah tak pernah makan kt tempat tu...orang panggil 'bumbung biru'. Selalu ckLah makan di City Mewah, di Jalan Padang Tembak...manalah kau nak nampak xiinam751 ...ckLah pergi Jepun...he..he..

xiiinam berkata...

Oooooo....yang ramai-ramai nunggu giliran nak ambik gambar kat Menara Condong tu...ko anak beranaklah ari tu ya...ehehe...ckLah pun tak pernah lg ambik gambar kat situ.....baru nak diri...dah anak murid jerit....cikguuuuuuuuuuuuuuu, buat apa tu!!

Batara Guru berkata...

Waa cuti-cuti zoom-a dalam negeri yer. Tu bosan le tu lepak gopeng jer.

- jinggo - berkata...

he...kampung teman tu..ada singgah kat Mastan Ghadi....

Chekgu BaniHassim berkata...

huhu...
ckLah mane nk pi Teluk Intan tu...dier pi Jepun je skg...
dalam mimpi je laa...haha...

elokla abiskan cuti selagi mampu...
bile dah takde cuti, dah tak larat nk pi jalan2, dok umah diam2...

~Insan Biasa~ berkata...

huhuhuhu jenjalan tak ajak pung!eekekekkek

erisya nor berkata...

hmmm...dah lama tak ke teluk intan...ada lagi rupanya menara condong tuh..memang unik!