Jumaat, Disember 26

Setelah 21 tahun...




Semalam aku dikunjungi rakan lama. Rakan lama yang sama-sama menuntut bidang pendidikan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Setelah 21 tahun membawa haluan masing-masing, Rakanku ini kini menetap dan bertugas di Kuala Berang ,Terengganu. Kini kami bertemu kembali. Bertemu dengan pertambahan ahli keluarga masing-masing.
Align CenterKebetulan rakan lama aku ni datang makan angin atas gunung ni bersama keluarga. Rakan ku ini pun baru sahaja mendapat tahu yang aku bertapa atas gunung ni. Lantas kesempatan ini kami ambil untuk bertukar-tukar cerita dan saling mengenali ahli keluarga. Beriya-riya dia mengutuk perangai aku dulu. Dan beriya-riya jugak dia mengutuk perubahan reka bentuk aku kini. Betul la kata-kata dia tu. Aku tengok dia tu macam tu jugak. Tak berubah reka bentuknya. Harap-harap selepas ini aku dapat berjumpa dengan rakan-rakan ku yang lain..setelah 21 tahun berpisah mencari rezeki.


15 ulasan:

ujie berkata...

21 thn x jumpa?lama tu....

ONE ZABA berkata...

lama la ujie...rambut yg itam dah jadi albino

ujie berkata...

huhu..mesti rindu giler ni...

sonata anak kancil berkata...

alhamdullilah dapat bertemu kembali setelah sekian lama dengan haluan masing2...seronok kan!Sonata pun dapat bertemu semula dengan geng setelah 30 tahun!Hu hu hu lama deh...

ONE ZABA berkata...

sesekali mengungkit sejarah best gak ujie...sonata... terbongkar habis rahsia

arryani berkata...

Heheheh, saya suka statement, tak berubah bentuk ;).

Susahkan nak kekalkan betuk asal?.... ;)

ujie berkata...

one z,lokasi kat mana tu?

xiiinam751 berkata...

'Reka bentuk?'Ha..ha..ha..
Agak, sapele gamaknya juru pereka bentuknye tu....dapat istilah baru pepagi ni....ha...ha..

ONE ZABA berkata...

kat cameron highlands la ujie...di sg ruil resort...
kan saya bertapa atas ni

acu berkata...

syok nyer jupe rakan lama....acu pun kalu boleh nak jupe rakan lama yg dah lama x jupe....

ujie berkata...

oic...nak g honeymon kat sana leh la singgah ek huhu

ku tak sempurna berkata...

muehehehehehehe...
tiba2 aku terasa diriku muda... :D

21 thn tak jumpa?? lama tu...
rekabentuk mesti dah lari punya... :P
mesti seronok ungkit citer2 lama... awek2 lama... kan kan kan..

Yanmie berkata...

wah lame tu 21thn..kira bertuahlah ye dpt jumpa gak..

fq88 berkata...

wah..bes nye tngk...
tngk plak pic ms muda2 2 ley thn kacak jugk eh?
tp kn memg bes bl da lm xjmpa,pas 2 bertemu kmbli...
kesornkn dy 2 len skt kn?
hehe...

Papa-Itam berkata...

tetiba dalam diri berkata masih ingatkah lagi kawan-kawan lama ku pada aku disini