Sabtu, Disember 27

Fikir dulu sebelum start enjin!!!!

Hari ni aku sefamili pegi Ipoh...
shoping barang-barang sekolah anak-anak.

Turun gunung ke Ipoh ni kira dekat je...
dalam 2 jam sampai la.
Tambahan pulak jalannya menurun..
laju je la.
Biasanya kami shoping segala keperluan di Tesco.
Mudah , semua ada di situ..bawak je duit seguni.
Siap shopin, terus balik...niat nak sampai awal.
Masuk je sempadan atas cameron..tu dia...beratur
.


Inilah keadaannya atas gunung ni kalau musim-musim cuti...
penuh sesak.
Nak bergerak pun payah....ngesot-ngesot.
Jalan kaki pun lagi cepat sampai.
Tapi kalau nak jalan kaki...
lotih la pulak..bukannya dekat.

Perjalanan yang sepatutnya 20 minit..jadi 2 jam setengah.


Lenguh kaki dibuatnya asyik tekan brek je.
Lebih berhenti daripada bergerak.

Jangka tadi dalam 4.30 boleh le sampai rumah...
huhhh... 6.50 baru sampai.


Jadi, buat kengkawan di luar sana...
kalau ada hajat nak naik gunung ni dalam

waktu-waktu terdekat , elok la fikir-fikir dulu.
Niat nak makan angin tu
kang jadi
makan brek berulam gear je.
Pegi le tempat lain dulu.


Kalau nak datang jugak...tak la nak larang pulak. Datang la.
Bolehlah tau diri tu penyabar atau tidak.

Pesan ku cuma....
isilah minyak penuh-penuh.

Buang le ayir besar ngan ayir kecik tu
siap-siap kat bawah gunung dulu.

Agar tidak terkandas di tengah gunung.
Agar tidak tercangkung dalam semak
.
Agar tidak terpancut dalam botol...
heee..heee..hancing lak kreta kang.

Selamat datang kuucapkan kalau nak datang jugak.
Bagitau la kalau nak datang...
boleh aku belanja makan ngan minum teh strawberi.


Tapi barang harus diingat....
jgn la pulak dtg satu bas.... bangkrap la aku...heee..heee.


Nak baring jap la....nak sapu minyak urut kat betis...letih main brek.

12 ulasan:

Chekgu BaniHassim berkata...

Kata-kata nasihat dan petua si penjaga gunung cameron...haha...

wahai pendita zaaba, cucu tumpang lalu ye.. :P

jauhnye nk shopping ye one?? smpai 2 jam perjalanan...mcm ni skali shopping mmg borong satu tesco laa??

azza_irah berkata...

ehehh..
org penah alami camni masa nek cameron tahun lps..1 mei..sesak yg amat...mmg makan brek berulam gear..hahaa..hangitt..

xiiinam751 berkata...

teh stroberi saya banyak lagi...he..he..
alamak, gambar-gambar ni...hawa cameron masih terbau-bau!!!
kat T Intan ni,shoping barang sekolah anak kat kedai-kedai 'tokong'. murah. saya dudukje,cakap kat nyonya tu,"nyonya ini anak saya 4 orang, tolong cari seorang satu set"
Dh nyonya tu dpt semua barang, barulah tawar....rabak jugalah duit bonus den 4 org tu...

ujie berkata...

salam...nak g sana!!.n try rasa teh strawberi...mcm sedap jer...

sonata anak kancil berkata...

Betul!!!sonata dah kena macam ni, masa naik mula2 ok, tp kat dalam CH, dari Raju's aiskrim nak turun gi chalet, jem 'banyak' tanpa roti!!!Ok gak, kete main 'drive' tak le lenguh sgt...

ONE ZABA berkata...

jgn la serik lak dtg sini azza...xiiinam751...sonata... kunjungan kalian sntiasa dialu-alukan.

Jemput la datang ujie...jgn segan-segan....ayir dah siap masuk ni..tunggu bancuh je

ujie berkata...

huhu..tungguuuuu..ujie pasti ke sana..syok yer!!

kakchik berkata...

jauh jg one Z turun shopping ya tapi berbaloi jugak kalau pegi satu tmpt & semua yg nak beli ada.

dok plan nak bawa mak & ayah gi makan angin kat situ... nampak gaya kena kensellah kalau nak kn mkn brek berulam gear, kereta auto pun sakit juga, sakit kepala lutut hehehe.

kakchik suka teh bharat. mak pulak suka teh bharat yang sukat tu RM10 ke RM20 satu plastik kuning.

azlanlin berkata...

To One Zaba:

Kalu hati dah kata nak pegi...apa jua sanggup diredahi..

dan..

Kalu hati dah kata tak nak pegi... lengang macam mana pun...tetap tak pegi...kan?

ONE ZABA berkata...

jemput dtg semua...tak kira la apa teh pun....

PeminatJutawanMalaysia berkata...

musim cuti sekolah ni memang la penuh kan...tak sanggup nak berasak-asak mcm tu....

Yanmie berkata...

hehehe...bawa duit seguni tu..bleh minta sikit tak??...ngeh..ngeh..