Rabu, Oktober 8

Raya tiba lagi....


Selamat Hari Raya Aidilfitri... maaf zahir dan batin atas segala salah silap. Raya tiba lagi setelah sebulan penat berpuasa. Seperti tahun-tahun yang lepas, raya disambut di kampung halaman. Tahun ini tiba giliran kami beraya di kampungku, Gopeng, Perak.

Mujurlah lah aku sekeluarga balik beraya dengan ibuku. Kalau kami tak balik....pasti ibuku beraya sorang-sorang. Mula-mula semua berjanji nak balik beraya bersama-sama. Tapi bila sampai masanya....tak balik pun. Tunda pulak. Balik masa cuti sekolah hujung tahun nanti. Boleh cuti panjang menurut mereka. Gasak lah. Asal balik udah. Kasihan melihat ibuku yang tak dapat beraya dengan mereka. Mujurlah yang lain-lain ade jugak yang tinggal berdekatan. Meriah jugak lah rumah ibuku tu.



3 ulasan:

Soca Biru berkata...

camat ayi aye... besh

ONE ZABA berkata...

kalau raya sama lagi best kut

Soca Biru berkata...

huiii... best yak amatttt.. jgn lupe duit raye lebeh2