Jumaat, Oktober 31

Jauh di mata dekat di "skype"

Align CenterPetang tadi aku menghadiri majlis perpisahan salah seorang daripada rakan karibku. Rakan yang aku kenali sejak 2004. Asalnya kami bertugas di tempat yang sama. Sama-sama berganding bahu pagi dan petang ( malam sekolah tak bukak..hee..heee) membereskan apa sahaja tugas yang diberi. Walaupun aku telah bertukar tempat bertugas , kami masih lagi berkerjasama dlm apa sahaja tugas yang berkaitan dengan sekolah. Dia sering meminta bantuan aku dalam menjayakan tugas-tugasnya. Seperti biasa...aku tak pernah menolak jikalau rakan-rakan karibku meminta bantuan. Kini rakan karib ku itu telah bertukar ke negeri asalnya di pantai timur.... Kelantan... atas permintaan keluarganya.

Sedih jugak bila hadir majlis-majlis perpisahan ni. Rasa seperti satu kehilangan. Balik-balik aku jugak yang tinggal atas gunung ni. Bila la aku nak turun ubah angin.
Biasa la kalau majlis perpisahan ni.... mesti ada adegan polok-polok. Mujur la aku ni lelaki... dan dia pula pompuan...kalau tak mesti polok-polok gak.... heee..heee... nak cari nahas la tu. Buat rakan ku itu didoakan agar sentiasa beroleh kesejahteraan walau di mana jua berada. Diharapkan juga rakanku itu sentiasa tabah dalam menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Walau jauh dimata... tapi kami masih sentiasa berhubung... bertanya khabar dan berkongsi cerita.

5 ulasan:

azza_irah berkata...

begitu lah hidup kita kan cikgu..
mencari dan terus mencari...ke merata tempat kita tetap mncari..namun akhirnya kita kan kembali pdNya..

su berkata...

mmg saat2 perpisahan amat menyedihkan.....

yg penting silaturrahim sentiasa berkekalan wpon berjauhan kan..

Chekgu BaniHassim berkata...

Kawan susah mmg susah nak carik kan??
kawan sejati tu la yang akan kite kenang smpai mati...

pertemuan perpisahan adat duniawi...
semua ditentukanNya...

Lepidoptera berkata...

rindu kat hikmah, mujur ade skype... blh kita saling mengview

ONE ZABA berkata...

harap2 semua persahabatan ini berkekalan sepanjang hayat