Ahad, Julai 20

Orkid "Dulu dan Kini"


Selain ibuku, inilah antara orang yang paling aku sayangi...isteriku. Sedap namanya, Kartina...tapi aku panggil Orkid. Lahir pada 20 Jun 1971. Asal Jerantut, Pahang. Aku kenal isteri aku ni masa berkhidmat sebagai guru sementara kat Cameron. Masa tu antara yang jadi rebutan kat sini. Memang patut lah jadi rebutan....cantik...cun... lemah lembut...pemalu dan macam-macam lagi lah kelebihannya. Tapi apa kurangnya aku...aku juga cukup terkenal kat sini....hee...heee... tak payah cerita le apa sebabnya. Sampai ada yang membawa diri la sebab tak dapat memilikinya.

Sudah jodoh aku agaknya , hasil usaha dan cabaran kengkawan , sekali tanye terus lekat. Kami saling mengenali selama lebih kurang lima bulan. 23 Mac 1993 kami mengikat tali pertunangan. Majlis dibuat di Cameron je. Pening kepala pihak pompuan sambut rombongan aku. Selain daripada ahli keluarga aku, kengkawan aku kat sini dari dua buah sekolah turut serta. Ramai...nasib baik cukup makanan.

Kami bertunang agak lama jugak...lebih kurang setahun setengah. Ikutkan aku ni...nak cepat je...tak boleh tahannn. Tapi memandangkan aku kena langkah dua bendul...rugi le kena bagi hadiah langkah bendul...itu dah kira tunggul...poket pun tak berapa berisi lagi...maka terpaksa le tangguh dulu. Ketor je lutut masa tu... sabo je le. Kami bernikah pada 20 Ogos 1994 di Jerantut. Dua kali lafaz terus sah. Hilang terus ketor lutut. Ketor "kepala" lah pulak....syyy....syyyyy.

Masa baru-baru hidup berkeluarga letih jugak. Dok kat rumah (bilik) sewa...RM 180 sebulan. Gaji udah lah sikit. Memandangkan sedara mara rajin datang , pindah lak ke rumah sewa besar sikit...RM 300 sebulan. Lagi letih dibuatnya. Rajin jugak le termenung kat tangga mikirkan ekonomi. Nasib baik la masa tu anak baru sorang. Dekat 3 tahun jugak duduk rumah sewa. Mujurlah aku agak rapat dengan Pegawai di PPD...dapat lah jugak akhirmya masuk kuaters. Legaaaa.....

Kini dah hampir 14 tahun kami hidup bersama. Hasilnya....tengok le kat bawah ni nanti. Orkid dan anak-anak tetap menjadi kesayangan aku. Mereka adalah penyeri hidup aku.

2 ulasan:

Lepidoptera berkata...

tetap cute & anggun...

ONE ZABA berkata...

tq.....