Ahad, Julai 20

NUR AMALINA


Nur Amalina anak pertama aku. Lahir sepuluh bulan selepas aku ngan okid selamat dinikahkan. Kira dua-dua subur le tu. Amalina ditunjukkan ke dunia yang penuh dugaan ini pada 23 Jun 1995 jam 5:34 pagi, hari Jumaat. Anak pertama....biasale....gelabah yak amat. Tak tentu arah aku hari tu. Masuk wad petang....sampai ke malam tak keluar jugak....panik aku. Last sekali balik umah tido...tenangkan fikiran. Besok pagi pegi spital dah ada dah.

Sejak Amalina hadir , hidup kami jadi meriah. Segala kasih sayang dicurahkan kepadanya. Selama 6 tahun kami menjaga dia sorang. Manjanya usah cakap la. Cakap aje nak ape....bagi je. Nasib baik tak mintak beli helikopter. Masa Amalina ada ni ekonomi tak kukuh. Dok prengg..prengg...naik motor lagi. Nak balik kampung, naik bas... letih la usung beg. Kena tuka tiga bas pulak tu. Letih wooo. Tiap kali balik kampung, mesti singgah KFC. Omak ngan apak je yg lebihnya.

Kini Amalina dah besar panjang. Dah ada tiga orang adik. Tak minat dah nak jalan-jalan ngan omak ngan apaknya. Dia lebih suka jalan ngan kengkawan je.

Tiada ulasan: