Ahad, Julai 20

DHIA ADRIANA

Tanggal 6 Mac 2001 bersamaan 10 Zulhijjah 1422 hari Selasa lahirlah Dhia Adriana anak kedua. Menjenguk ke dunia ni pada jam 3:57 petang. Pada hari tu pepagi lagi aku dah hantar omaknya ke sepital. Tanda-tanda nak bersalin tu dah ketara sangat. Naik motor je pegi spital.

Pada hari orang lain sibuk pegi masjid nak sembahyang raya korban, aku pulak sibuk dok spital. Gelabah jgn cakaplah. Baju raya pun tak sempat nak pakai ari tu. Tak beraya le aku ngan Amalina hari tu. ..dok ulang-alik spital je.

Dhia ni lahir je ke dunia ni, muka sebiji macam aku. Tengok Dhia ni, orang tau sgt la anak aku. Muka bulat...brutal...rambut cacak-cacak... nampak ganas betul. Apabila aku dukung Dhia pegi jejalan, mesti orang berbisik-bisik kat kami. Ngata aku ngan Dhia la tu. Aku boleh agak apa diorang cakap....muka sebiji anak ngan apak. Aku bangga sebenornya....gen aku kuat.

Sejak Amalina ada, lepas 6 tahun baru dapat baby semula...hui lama tu. Bukan tak nak.... tapi bajet tak memuaskan. Masa tu teruk jugak ekonomi rumah tangga. Sejak ada Dhia ni tambah seri hidup kami. Rezeki pun makin bertambah. Dhia tak boleh hidup tanpa selimut busuk dan botol susunya. Dhia ni sgt rapat ngan aku. Maklumlah...dah nak dpt adik pulak. Terkejut jugak aku....baru berapa bulan....dah nak dpt adik pulak. Hemmmm...rezeki...apa nak buat....belasah je le.....tak boleh tahannnnn.

Tiada ulasan: