Sabtu, Julai 19

ANIQAH HUMAIRA

Aniqah Humaira. Lahir pada hari Jumaat ,8 September 2006 , jam 1:20 petang. Dilahirkan di Hospital Tanah Rata. Inilah satu-satunya anak aku (setakat ini) yang merasa naik ambulan.

Sebaik dilahirkan Humaira dan ibunya dkejarkan Hospital Besar Ipoh kerana masalah uri yang tidak dapat dikeluarkan. Merasa jugak duduk dalam wad 2 hari. 2 hari la aku berulang-alik situ. Kalut jugak aku dok menjaga Sarah ngan Dhia. Nasib baik ada ibu dan adik aku menemani.

Meriah rumah kalau ada baby ni. Seronok melayan telatah yang kecik-kecik ni. Tapi kekadang naik angin jugak. Sabo je le.Kini anak-anakku semakin membesar. Lepas ni ntah ada baby lagi ke tidak. Aku je lah jadi baby....kih..kihhh..kihhh

Tiada ulasan: