Isnin, Julai 21

Aku "Dulu dan Kini"


Inilah aku, tuan rumah. Tak payah crite banyak le pasal aku, sebab awal-awal buat rumah ni dah crite serba-sedikit. Crite banyak-banyak kang... banyak lak keburukan terbongkar. Nak crite kebaikan kang.... rasa puji diri sendiri lak. Lagipun kebaikan tu tak banyak. Aku tetap aku. Punya kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

Ini antara kengkawan rapat aku sejak di maktab hinggalah udah bekerja. Sampai sekarang mereka ni masih menjadi sahabat aku. Cuma kurang berhubung. Masing-masing dengan keluarga dan urusan tersendiri. Tapi sesekali berjumpa , perangai lama bukak balik....balas dendam la tu. Kat umah tak boleh buat perangai tu... malu kat anak-anak. Masa bujang, aku suka sangat pergi jalan-jalan cari makan. Kengkawan aku pun sama jugak. Hujung minggu je tak lekat kat umah. Habih semenanjung ni kami pusing. Sabah ngan Sarawak je tak sampai lagi. Duit gaji habih merayau je. Mana yg terlintas , situ la kami pergi. Melintas jalan lagilah banyak.

Masa hidup berseorangan, badan pun kurus je. Pinggang pun saiz 27 je. Baju lak saiz S . Seluar kecik..lupa lak saiz. Tapi memang pakai la. Rambut banyak.... lebat. Menyemat tu pasti la. Ke mana pergi pun menyemat je. Sejak hidup berkeluarga ni perjalanan hidup aku juga berubah. Tidak lagi nak melilau. Dok umah je. Bukan le kena kontrol...tapi udah tanggungjawabnya gitu. Dah ade anak-anak... lagi la. Melokek kek umah jo. Badan pun tambah gomuk. Saiz sluar pun berubah. Pakai saiz 36 sekarang ni. Baju lak saiz XL. Sesiapa nak hadiah kat aku baju ngan seluar....itulah saiznya..... heee....heee...bukan kempen... saja gurau. Rambut pun dah makin kurang. Lebih dahi daripada kepala. Lama-lama semua jadi dahi. Tapi ok jugak....jimat....tak yah beli minyak rambut.... sikat pun tak payah. Pegi gunting rambut pun cepat je.... tarah sana...tarah sini... siap. Yang untung tukang gunting.... harga sama jugak macam orang rambut banyak.

Itu lah serba sedikit bab aku. Wajah-wajah aku zaman ini tak de sgt sebab tak org nak tolong ambik gamba. Asyik ambik gamba org je. Kalau sesapa nak tengok aku... mai le ke sini. Sambil-sambil datang tu , bawak la buah tangan.

4 ulasan:

Lepidoptera berkata...

dulu, kini dan selamanye... hehe!

ONE ZABA berkata...

selama-lamanya.....hehe!

Soca Biru berkata...

jgn lama2, nnt lemau...

ONE ZABA berkata...

biar la lemau...asal jgn pupus