Ahad, Jun 29

Rutin hujung minggu

Cuti-cuti hujung minggu ni, biasanya tak ke mana-mana. Masa ni le boleh kemas-kemas rumah dan buat le apa yang patut .Biasanya pepagi pegi pasar le dulu. Cari lauk dan barang-barang dapur untuk bekalan seminggu. Tak payah nak berulang ke kedai je. Benda yang aku paling tak minat. Sementara tu Amalina buat le apa yang patut kat umah. Cuci pinggan dan kemas dapur le.



Balik dari pasar, lepas sarapan yang biasanya pun dibeli jugak , emaknya pulak sibuk nak kemas umah. Hari lain tak sempat...sibuk kelas tusennye. Nak kemas umah ke nak posing tu. Macam berposing je tu.





Aku pulak lepas sarapan....apa lagi....kereta cuci la. Tak minat betul aku kalau harta kesayangan aku ni kotor je. Kesan tapak kaki kucing jiran aku pun banyak. Cuci biar bersih sokmo. Tapi kejap je....esok lusa....penuh balik le cap kaki tu. Geram betul aku kat tuan kucing tu. Kalau boleh aku sumpah jadi Honda CRV...ngidam betul aku kreta ni. Sabo aje le.

Yang halus-halus ni pulak sibuk jugak....sibuk mamam je. Biasanye ramai je kat umah aku...sepupu-sepupu anak aku dan anak-anak jiran rajin bertandang kat umah aku ni. Kebetulan pulak ramai yang sebaya dengan anak-anak aku ni. Huh..main masak-masak le. Aku lelaki melayu terakhir kut dalam umah ni.


4 ulasan:

Lepidoptera berkata...

komeh jgn tk komeh... dh siap yg sanun komeh sini plak.

ONE ZABA berkata...

aaikkk..sinun pun kena komeh jugak...bila pulak aku dua umah ni...kena gilir-gilir la

Lepidoptera berkata...

melayu mudah lupo... ni la dio

ONE ZABA berkata...

nasib baik den rawo...tak ponah lupo